Harian Metro

RAMAI AMAL SIHIR Tutup 10 pulau hadapi musim tengkujuh

- Mohd Fahmi Mohd Yusof cnews@nstp.com.my

Amalan sihir, santau dan ilmu bercanggah ajaran Islam didapati masih banyak diamalkan masyarakat Melayu.

Penasihat Umum Pertubuhan Akademi Rawatan Islam Syifa’ Sunnah (ARISS) Mubi Mat Hussain berkata, ia berdasarka­n pengalaman­nya selama 10 tahun dalam perubatan Islam.

Malah beliau berkata, setiap kali mengadakan siri jelajah dan program untuk memberi kesedaran kepada masyarakat berhubung sihir serta perubatan Islam di beberapa masjid seluruh Semenanjun­g, pasti ada pesakit mengalami gangguan.

“Berdasarka­n pengalaman di pusat rawatan, masyarakat Melayu kita masih mengamalka­n sihir dan santau.

“Selain itu, masih ada mengamalka­n ilmu syaitan menggunaka­n khidmat jin yang mana apabila pesakit ini meninggal kelak, anak cucunya akan menerima saka. Langkawi: Pasukan Polis Marin (PPM) Langkawi mematahkan cubaan menyeludup keluar barangan kawalan ke negara jiran selepas menahan sebuah bot di Kuala Perlis, jam 3 petang Khamis lalu. Ia membabitka­n 30 kilogram (kg) minyak masak, 40kg tepung gandum dan 25 liter diesel. Pegawai Pemerintah Polis Marin Langkawi Deputi Superinten­dan Rohizan Mohamad Saaid berkata, pihaknya turut menahan tekong dan awak-awak bot.

„ Akademi Islam buat kempen kesedaran hindari amalan santau

“Dari Perlis sampai ke Johor di setiap masjid dikunjungi, saya perhatikan masalah sihir ada, cuma bilanganny­a sama ada ramai ataupun tidak. Orang Melayu kita memang tidak boleh dipisahkan dengan sihir,” katanya ketika ditemui pada majlis Ruqyah Perdana Program Rawatan Islam anjuran ARISS yang dihadiri 300 peserta di Masjid an-Najah, Taman Daya di sini, semalam.

Mubi berkata, majlis secara percuma julung-julung kali diadakan itu diharap menyuntik kesedaran kepada peserta dan masyarakat umum mengenai kesan sihir, selain memberi pendedahan berhubung perubatan atau rawatan Islam sebenar.

“Sekarang, ramai pesakit lebih cenderung pergi kepada golongan disebut ‘uskun’ iaitu ‘ustaz dukun’ yang luarannya nampak seperti seorang ustaz tetapi amalan atau kaedah perubatan cenderung ke arah dukun.

“Pada program ini, peserta dibekalkan risalah ayat al-Quran yang sesuai diamalkan sebagai pendinding. Kami mahu memberikan kesedaran bahawa mereka boleh merawat sendiri atau mendinding diri tanpa perlu ke pusat rawatan,” katanya. Kerajaan negeri merancang menutup 10 pulau di daerah Mersing kepada pengunjung antara pertengaha­n atau hujung bulan ini sebagai persediaan awal menghadapi musim tengkujuh, bulan depan.

Pengerusi Jawatankua­sa Pembanguna­n Wanita dan Pelanconga­n negeri Liew Cai Tung berkata, keputusan itu bergantung kepada laporan kaji cuaca terlebih dahulu.

“Kebiasaann­ya semua pulau di daerah Mersing ditutup pertengaha­n atau hujung bulan ini, tetapi bergantung kepada keadaan cuaca.

“Sebanyak 10 pulau ini dijangka ditutup sehingga Mac tahun depan, namun penutupan pulau di Mersing tidak termasuk pulau persendiri­an,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? MUBI (tiga dari kiri) beramah mesra dengan peserta Ruqyah Perdana Program Rawatan Islam di Masjid An-Najah, Taman Daya.
MUBI (tiga dari kiri) beramah mesra dengan peserta Ruqyah Perdana Program Rawatan Islam di Masjid An-Najah, Taman Daya.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia