Harian Metro

Pemilik butik penyelamat majlis

-

Tidak sampai hati melihat suasana hari bahagia tiga pasangan pengantin di Selangor dan Negeri Sembilan suram, seorang pemilik butik menjadi penyelamat dengan menyediaka­n makanan untuk 3,000 tetamu yang hadir ke majlis persanding­an pengantin terbabit.

Dua majlis semalam berlangsun­g di Salak Tinggi, Selangor dan Seremban manakala hari ini di Mantin.

Bagi Zuraini Zulkifli, 34, niatnya hanya mahu membantu melancarka­n majlis persanding­an tiga mempelai terbabit yang meminta bantuannya selepas dipercayai ditipu sebuah syarikat katering.

“Kebetulan dua daripada mangsa itu adalah pelanggan butik saya yang melangsung­kan majlis mereka hari ini (semalam).

“Ketika memasang dan menghias pelamin, kedua-dua keluarga mempelai meminta bantuan saya untuk menyediaka­n makanan untuk tetamu majlis.

“Tidak sanggup melihat bapa dan ibu pengantin serta pengantin sendiri berlinang air mata, jadi saya bantu setakat termampu,” katanya.

Katanya, disebabkan tempahan datang di saat akhir kira-kira 15 jam sebelum majlis bermula, dia meminta bantuan rakan katering yang lain bagi melancarka­n urusan memasak sajian.

“Bapa pengantin meminta menyediaka­n apa saja sajian yang mudah dan cepat. Jadi kami bersetuju memasak juadah ayam rempah, gulai lemak ikan masin, ulam-ulaman serta buah-buahan.

“Segalanya daripada pembelian barangan dan penyediaan makanan dilakukan dari malam tadi (kelmarin) dengan bantuan 10 orang,” katanya.

Pemilik butik Azuriznie D’anggun itu berkata, dia menganggap apa yang dilakukan itu bukan mengaut keuntungan di atas masalah pengantin terbabit sebaliknya mahu menunaikan permintaan dan melancarka­n majlis mereka saja.

“Walaupun agak kelam kabut apabila tugas memasak dilakukan di saat akhir, namun Alhamdulil­lah segalanya berjalan lancar seperti kehendak pengantin dan keluarga.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia