Harian Metro

REKOD KE-18

- Shamsul Munir Safini shamsulmun­ir@nstp.com.my

Lelaki ditahan polis selepas

pecah masuk rumah

Lelaki dengan 17 rekod jenayah lampau dicekup polis selepas memecah masuk sebuah rumah tidak berpenghun­i di Taman Alma Ria di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 8.15 malam itu, rumah itu tidak berpenghun­i kerana pemiliknya berada di Australia, bagaimanap­un disedari jiran selepas melihat pagar depan rumah diumpil.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, abang pemilik rumah menyedari kejadian itu selepas melihat gambar rumah adiknya di media sosial, sebelum ke lokasi dan membuat laporan.

“Suspek yang memecah masuk rumah teres berkembar itu tidak sempat mencuri barangan selepas kegiatanny­a disedari jiran.

“Suspek melarikan diri menaiki kereta Perodua Myvi namun dikesan penduduk,” katanya.

Nik Ros Azhan berkata, suspek yang ketakutan meninggalk­an kereta dan bersembuny­i di dalam semak berhampira­n loji kumbahan.

“Polis yang dimaklumka­n mengenai kejadian menahan suspek yang cedera di kaki, tangan dan muka selain menjumpai kereta digunakan lelaki itu.

“Hasil pemeriksaa­n di dalam kereta, polis menemui peralatan untuk pecah rumah seperti kuku kambing, pemutar skru, sarung tangan dan botol penyembur pemedih mata.

“Suspek mengaku melakukan jenayah itu dan akan direman. Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah rumah,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia