Harian Metro

HILANG NYAWA

- Nurul Hidayah Bahaudin cnews@nstp.com.my

Kanak-kanak jatuh tangga daripada tingkat 20 meninggal dunia di hospital

Kanak-kanak lelaki yang dilaporkan terjatuh daripada tangga tingkat 20 ke tingkat 19 di sebuah flat di Pantai Dalam di sini pada 12 September lalu meninggal dunia ketika dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), kelmarin.

Kanak-kanak berusia 12 tahun itu disahkan meninggal dunia jam 12.55 tengah malam.

Difahamkan ahli keluarga mangsa membuat laporan di Balai Polis Pantai kelmarin yang mendakwa kanak-kanak itu cuba diliwat dan ditolak seorang lelaki orang kurang upaya (OKU).

Ketua Polis Daerah Brickfield­s Asisten Komisioner Ruslan Khalid berkata, siasatan dilakukan mendapati tiada unsur jenayah dalam kejadian itu.

“Sebelum ini, kami ada mengeluark­an kenyataan yang memaklumka­n hospital mengesahka­n tiada bukti kejadian liwat pada tubuh badan mangsa.

“Justeru, kes itu diklasifik­asikan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan polis menafikan kanak-kanak itu diliwat seorang lelaki OKU seperti dilaporkan sebuah portal berita tempatan.

Portal berita itu melaporkan kanak-kanak lelaki itu tidak dapat menduduki Ujian Peperiksaa­n Sekolah Rendah (UPSR) selepas diliwat dan dicampak di tangga daripada tingkat 20 ke tingkat 19 flat berkenaan.

Laporan itu menyebut mangsa mengalami kecederaan otak akibat gegaran kerana terjatuh dan koma selama seminggu sebelum dilaporkan stabil.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia