Harian Metro

NUKILAN 5 TAHANAN

- Amin Ridzuan Ishak cnews@nstp.com.my

Tengku Puan Pahang titis air mata terima surat daripada banduan

“Tuanku seorang pemimpin yang benar-benar berjiwa rakyat kerana sudi mencemar duli bertemu dan memberi tunjuk ajar kepada Kuala Krai: Sekumpulan lapan lelaki terkandas lebih dua jam selepas gagal menyeberan­g sungai berikutan fenomena ‘kepala air’ di Sungai Ulu Tembeling, Kampung Mengkebang di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 3 petang itu, mereka berusia 15 hingga 21 tahun dikatakan memancing di kawasan terbabit sebelum menyedari paras air naik sehingga dua meter selain arus deras.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Krai Penolong Penguasa Bomba Mohamad Hanif Che Khalid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan 5.30 petang sebelum dia bersama lapan anggota bergegas ke lokasi kejadian. patik semua walaupun patik semua adalah banduan yang sedang menjalani hukuman di penjara.

“Jasa dan budi baik Tuanku akan sentiasa patik semua kenang selagi nyawa di kandung badan,” kata lima banduan di Penjara Bentong yang mengutus surat dan kain keruping kepada Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Maimunah Iskandaria­h Sultan Iskandar yang dimuat naik baginda menerusi akaun twitter baginda, @cheminahsa­yang.

Surat itu diutus lima banduan yang mengikuti Bengkel Tenun Pahang Diraja, Penjara Bentong dikenali sebagai Atan, Gafar, Black, Jimi dan Panjang yang turut menurunkan cap jari mereka dalam surat berkenaan.

Menerusi surat itu, mereka menyatakan penghargaa­n kerana diberi peluang bertemu dan berbicara dengan Tunku Azizah secara berdepan yang sebelum ini hanya dapat dilihat di media massa serta pelbagai sumbangan baginda kepada mereka.

“Diberikan peluang untuk belajar teknik-teknik menghasilk­an kain bermula dari proses mewarna sehingga menenun kain sehingga menghasilk­an produk di bawah label Tenun Pahang Diraja.

“Memberikan peluang pekerjaan walaupun patik semua bekas banduan (yang) membuatkan diri ini rasa dipercayai dan dihargai,” katanya.

Sementara itu, Tunku Azizah yang terkenal dengan sikap mesra rakyat menyatakan rasa sebak menerima surat dan kain keruping itu.

“Hari ini saya menerima anugerah khas dari Jabatan Penjara Malaysia, terima kain keruping dari Penjara Bentong dan juga sepucuk surat dari banduan2 yg menenun kain tersebut...saya menangis, sebak,” titahnya.

 ??  ??
 ??  ?? LAPAN lelaki yang diselamatk­an di Sungai Ulu Tembeling.
LAPAN lelaki yang diselamatk­an di Sungai Ulu Tembeling.
 ??  ?? TUNKU Azizah melahirkan rasa gembira melalui kenyataan di laman sosial Facebook selepas menerima penghargaa­n daripada banduan dari Penjara Bentong.
TUNKU Azizah melahirkan rasa gembira melalui kenyataan di laman sosial Facebook selepas menerima penghargaa­n daripada banduan dari Penjara Bentong.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia