Harian Metro

PERAH JADI REBUTAN

- Ahmad Rabiul Zulkifli cnews@nstp.com.my

„ Buah eksotik berbentuk kumbang

dapat permintaan tinggi

Buah perah mungkin tidak begitu dikenali namun buah eksotik itu yang berbentuk seperti kumbang mendapat permintaan tinggi di negeri ini.

Dikenali sebagai buah kumbang, ia tidak ditanam sebaliknya tumbuh liar di hutan dan sukar diperoleh kerana turut menjadi pilihan haiwan.

Peniaga, Mulis A Manan, 51, dari Kampung Kuala Ibai berkata, dia berusaha mencari buah itu kerana permintaan tinggi penduduk dan mendakwa mampu menjual antara 50 dan 60 kilogram sehari.

Katanya, buah itu hanya dijual ketika musimnya bermula Ogos hingga November, setiap tahun.

“Saya dapat buah perah daripada pembekal dari Perak dan difahamkan buah eksotik ini diambil daripada penduduk Orang Asli di negeri itu.

“Pokok perah hanya tumbuh di kawasan hutan dan amat sukar mendapatka­nnya kerana selain manusia, buah ini juga kegemaran haiwan di hutan.

“Keenakanny­a sebabkan ia jadi kegemaran dan boleh bantu jana pendapatan,” katanya ketika ditemui di Tapak Niaga Pasar Tani Chendering di sini, kelmarin.

Mulis berkata, dia menjual buah perah yang sudah siap direbus pada harga RM1 untuk lima biji.

“Biasanya pelanggan yang membelinya akan makan segera. Isinya lemak manis seperti kacang tanah yang direbus,” katanya sambil memaklumka­n yang anaknya, Muhamad Hasbulllah, 20, turut menjual buah itu di Pasar Cabang Tiga.

Menurutnya, masih ramai golongan muda tidak mengenali buah itu tetapi pasti akan tertarik selepas menikmati keenakan isinya. Sementara itu, Noor Naziah Ramli, 19, berkata buah perah antara buah eksotik yang paling digemariny­a. “Rasanya seakan-akan kacang tanah tetapi ia jauh lebih enak dan manis.

“Buah itu mungkin mahal berbanding kacang, tetapi ia berbaloi kerana saiznya lebih besar,” katanya.

 ??  ?? NOOR Naziah menunjukka­n buah perah yang dijual di Tapak Niaga Pasar Tani Chendering.
NOOR Naziah menunjukka­n buah perah yang dijual di Tapak Niaga Pasar Tani Chendering.
 ??  ?? PENDUDUK mengutip buah perah.
PENDUDUK mengutip buah perah.
 ??  ?? ISI buah perah.
ISI buah perah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia