Harian Metro

TAK KECEWA KILANG TUTUP

- Aniza Zainudin anizazainu­din@hmetro.com.my

Banjir besar yang melanda negeri pantai timur, penghujung 2014, bukan saja menjejaska­n kehidupan ribuan keluarga bahkan operasi perniagaan diusahakan Fadzilah Mamat yang baru bertapak di negeri Cik Siti Wan Kembang ketika itu.

Berhijrah dari selatan tanah air demi meluaskan lagi dominasi label Benang Hijau diasaskann­ya sejak 2012, wanita ini tidak melihat bencana alam sebagai penghalang, sebaliknya yakin dengan laluan ditentukan takdir.

“Sebelum ini, kami menguruska­n perniagaan tudung di Johor kerana ketika itu suami masih berkhidmat sebagai guru. Keputusan untuk berpindah ke Kelantan dibuat berdasarka­n keperluan untuk meluaskan lagi operasi perniagaan.

“Awal 2014, kami merancang untuk memiliki tukang jahit dan kilang sendiri bagi menjamin kualiti produk.

“Selain itu, kami turut berhasrat berkongsi rezeki bersama-sama kira-kira 30 orang suri rumah yang memiliki kemahiran menjahit di kawasan kampung.

“Alhamdulil­lah segala operasi berjalan lancar, malah kualiti turut terjaga apabila mempunyai kilang sendiri.

“Apabila berlakunya banjir besar di pantai timur pada Disember 2014, perniagaan saya turut terkena tempiasnya.

“Kilang, peralatan seperti mesin jahit, komputer malah material dan stok tudung semuanya mengalami kerosakan dan disaluti lumpur kerana air naik setinggi satu meter mengakibat­kan kerugian RM50,000.

“Ketika bencana itu, saya di Jakarta, Indonesia bertemu pembekal kain. Selepas seminggu berlalu, barulah saya dapat melihat keadaan kilang.

“Melihat situasi itu, pada 2016, saya membuat keputusan menghentik­an operasi kilang, namun masih meneruskan kerjasama dengan bekas tukang jahit untuk mengekalka­n kualiti produk Benang Hijau, selain turut dihantar ke luar negara,” katanya, baru-baru ini.

Menafikan kecewa berikutan tindakan penutupan operasi kilang, Fadzilah melihat keputusan diambil bersesuaia­n dengan situasi dilalui, malah dia dapat menjimatka­n kos operasi, seterusnya fokus pada bidang pemasaran yang sewajarnya diberi perhatian.

Memiliki pengikut tersendiri, Fadzilah mengakui pemasaran elemen penting dalam mengukuhka­n jenama, selain kualiti.

Ujarnya, industri fesyen Muslimah tidak terhad di Malaysia bahkan mempunyai permintaan tinggi dari serata dunia.

Justeru, dia memasang impian untuk menembusi pasaran luar sama ada menerusi penyertaan pertunjuka­n fesyen,

 ??  ?? FOKUS pada bidang pemasaran.
FOKUS pada bidang pemasaran.
 ??  ?? OPTIMIS diri jauh lebih ‘besar’ berbanding masalah dihadapi. NAMA: Fadzilah Mamat JAWATAN: Pengasas Benang Hijau
LAHIR: 11 Ogos 1981
ASAL: Kuala Terengganu, Terengganu
PASANGAN: Mohd Ridzuan Mat Junoh
ANAK: Muhammad Aidil Iqbal (15), Muhammad Adi Irsyad (12), Muhammad Ali Amran (8), Naura Safiyya (4) dan Kaela Aesya (tiga bulan)
OPTIMIS diri jauh lebih ‘besar’ berbanding masalah dihadapi. NAMA: Fadzilah Mamat JAWATAN: Pengasas Benang Hijau LAHIR: 11 Ogos 1981 ASAL: Kuala Terengganu, Terengganu PASANGAN: Mohd Ridzuan Mat Junoh ANAK: Muhammad Aidil Iqbal (15), Muhammad Adi Irsyad (12), Muhammad Ali Amran (8), Naura Safiyya (4) dan Kaela Aesya (tiga bulan)
 ??  ?? KELUARGA yang menjadi keutamaan. PENDIDIKAN: Sarjana Keusahawan­an Teknologi Maklumat, Universiti Teknologi Malaysia, 2009
KELUARGA yang menjadi keutamaan. PENDIDIKAN: Sarjana Keusahawan­an Teknologi Maklumat, Universiti Teknologi Malaysia, 2009

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia