Harian Metro

‘Jangan mudah mengalah’

-

Aktiviti masa lapang?

Saya gemar membaca buku untuk mendapatka­n ilmu baru terutama berkaitan kehidupan, motivasi serta perniagaan. Penulis kegemaran adalah penulis berasal dari Brazil, Paulo Coelhi, yang terkenal dengan naskhah, The Alchemist.

Aktiviti bersama keluarga? Selalunya pada musim cuti sekolah, saya dan keluarga menghabisk­an masa dengan melancong. Terbaru, kami baru pulang dari Pulau Perhentian. Manakala destinasi luar negara pula selalunya atas urusan perniagaan.

Kerjaya impian anda?

Saya tidak menetapkan apadengan apa kerjaya spesifik namun ingin melakukan sesuatu yang lebih fleksibel dari segi masa bersama keluarga dan bekerja di rumah. Seperti sekarang, saya bekerja di rumah dan hanya ke pejabat bagi urusan penting. Jadi saya rasa apa yang saya inginkan dapat direalisas­ikan buat masa sekarang.

Harapan dalam perniagaan anda?

Jika sebelum ini, saya mempunyai 18 butik seluruh Malaysia namun kini, Benang Hijau lebih tertumpu kepada perniagaan dalam talian cita-cita mengembang­kan jenama ke seluruh pelosok dunia.

Pendorong?

Diri sendiri dan keluarga. Tokoh dikagumi? Oprah Winfrey.

Prinsip hidup?

Jangan mudah mengalah meskipun berdepan masalah kerana ia akan membawa diri kita ke tempat yang

lebih baik.

 ?? FOTO: ??
FOTO:
 ??  ?? ANTARA usaha pemasaran dilaksanak­an.
ANTARA usaha pemasaran dilaksanak­an.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia