Harian Metro

Mark Adam ucap takziah

Zahirkan rasa sedih menerusi Instagram insiden enam anggota bomba terkorban

- Syafil Syazwan Jefri syafil.syazwan@hmetro.com.my

Walaupun sekadar melakonkan watak pegawai bomba dalam filem Hero, pelakon dan penyanyi Mark Adam menzahirka­n rasa sedih menerusi akaun Instagram berikutan insiden menyayat hati enam anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia yang terkorban barubaru ini.

“Salam takziah buat keluarga enam pegawai bomba yang terkorban dalam operasi menyelamat. Innalillah­iwainnaila­ihirojiun,” tulisnya di Instagram.

Mark ketika dihubungi berkongsi rasa kagumnya terhadap tugas pegawai bomba.

“Saya sangat bertuah kerana berpeluang melihat dan merasai pengalaman bekerja sebagai pegawai bomba. Sebelum memulakan penggambar­an filem Hero, kami perlu jalani latihan.

“Kerja mereka bukan mudah dan sangat mencabar. Banyak yang mereka korbankan apabila memilih kerjaya ini,” katanya.

Tambah Mark, pegawai bomba perlu peka dengan persekitar­an dan sentiasa bersiap sedia.

“Bersama mereka, saya dapat lihat bagaimana mereka sentiasa bersiap sedia. Dalam sehari, akan ada dua atau empat panggilan untuk kerja menyelamat,” katanya.

Ditanya mengenai pengalaman­nya menjadi pegawai bomba dalam filem terbaru lakonannya itu, Mark menegaskan ia sangat mencabar.

“Dalam filem itu saya bawa watak sebagai Adam Filipina Lee. Antara pengalaman yang tidak akan dilupakan adalah ketika perlu memakai pakaian seragam bomba.

“Kalau anda nak tahu, baju kalis api untuk kerja menyelamat membabitka­n kebakaran sangat berat. Ditambah dengan tangki oksigen dan sebagainya, ia akan jadi lebih berat,” katanya.

Menurut Mark atau nama sebenarnya Mark Adam Fikri Abdullah, semua aksi dilakukan sendiri tanpa bantuan pelakon lagak ngeri.

“Minggu pertama, ada satu babak pergaduhan dan saya lakukan sendiri. Selepas ini, akan ada lagi beberapa babak aksi.

“Pernah ketika sesi latihan memerlukan saya memanjat tali, saya tak sedar mengalami kecederaan. Bila balik rumah baru perasan tapak kaki saya melecet dan berdarah,” katanya.

Ditanya mengenai kerjaya nyanyian, Mark akan tampil dengan single baru berjudul Amnesia dalam masa terdekat.

“Ia adalah lagu yang kembali kepada corak muzik saya dia awal kemunculan dulu. Pendek kata, lagu ini menghiburk­an.

“Kali ini, saya berkolabor­asi dengan Sahri Selamat sebagai komposer, manakala liriknya saya tulis bersama Adib Nahar,” katanya.

Ditanya mengenai dua cabang seni yang diceburi, Mark menganggap ia rezeki.

“Usia saya kian meningkat dan kalau ada peluang untuk cuba apa juga cabang seni, saya akan terima dan buat sebaik mungkin,” katanya.

Salam takziah buat keluarga enam pegawai bomba yang terkorban dalam operasi menyelamat. Innalillah­iwainnaila­ihirojiun

MARK

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia