Harian Metro

Tak tau adab dengan orang tua

-

Perkembang­an positif industri hiburan masa kini turut menyumbang kepada kemunculan ramai artis baharu.

Termasuk, seorang penyanyi lelaki popular dalam kalangan ‘Budak Baru Nak Up’ (BBNU).

Mengikut cerita yang disampaika­n kepada Cik Pang, penyanyi lelaki ini kurang berbudi bahasa dalam pergaulan.

Ini kerana, penyanyi itu hanya membahasak­an ‘aku’ dan engkau’ ketika berbual dengan barisan pemuzik lebih berusia daripadany­a

Malah, dia langsung tidak sedar betapa jarak usia mereka jauh berbeza dan lebih manis jika memanggil ‘abang’.

Cik Pang memuji sikap mesra penyanyi itu tetapi harus juga ditegur tingkah lakunya yang kurang adab.

Ini kerana, dia seharusnya tahu membezakan cara pergaulan dengan rakan sebaya, kenalan rapat dan mereka yang lebih berusia.

Dalam industri hiburan, sikap hormat-menghormat­i dalam kalangan penyanyi muda masa kini Cik Pang dapati semakin nipis.

Hinggakan ada segelintir­nya, jalan berselisih bahu pun tidak bertegur sapa dan buat tidak tahu saja.

Meskipun satu aliran dan mungkin boleh dianggap ‘rakan seperjuang­an’ tetapi sikap hormat perlu diutamakan.

Apatah lagi, barisan pemuzik itu sudah jelas berusia dan hubungan mereka pun tidak begitu rapat. Baru berjumpa beberapa kali saja.

Namun, Cik Pang hanya mampu memberi teguran. Selebihnya, tepuk dada tanya selera apa yang harus dilakukan.

Nak cakap lebih pun, penyanyi itu bukan anak kecil yang masih bersekolah. Umpama pepatah, kalau melentur buluh biar daripada rebungnya.

Penyanyi itu pula sudah besar panjang dan belajar di pusat pengajian tinggi. Jadi, dia seharusnya bijak dan peka.

Itu saja yang mampu

Cik Pang ingatkan. Bukan apa, terlajak perahu boleh diundur terlajak perbuatan buruk padahnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia