Harian Metro

Single baharu Xpose Band ‘menyengat’

-

Baru-baru ini, Cik Pang terdengar single baharu Xpose Band disiarkan stesen radio popular.

Terpegun juga Cik Pang mendengar single Maafkan Ku itu. Malah, muzik videonya di YouTube juga mengagumka­n.

Baru seminggu dimuat naik ke YouTube, video muzik itu mencatat lebih 200,000 tontonan. Tahniah Cik Pang ucapkan.

Susunan muzik, melodi dan liriknya juga menyentuh perasaan Cik Pang. Harapnya single Maafkan Ku mampu sehebat single pertama Xpose Band, Sandiwara.

Selain Xpose Band, Cik Pang dengar penyanyi Haqiem Rusli dan rakan baiknya, Ariff Bahran akan muncul dengan single duet.

Malah, daripada apa yang disampaika­n kepada Cik Pang, Haqiem dan Bahran menghasilk­an single duet bahasa Inggeris.

Wow, hebat betul gandingan penyanyi muda berbakat ini. Cik Pang jadi tidak sabar untuk mendengar single duet itu.

Pernah juga seorang teman memperdeng­arkan sedikit ‘teaser’ single duet itu kepada Cik Pang.

Memang mantap melodi dan liriknya. Cik Pang jadi sangat kagum dengan bakat Haqiem dan Bahran.

Apapun, doa Cik Pang semoga single duet itu boleh diperdenga­rkan sepenuhnya kepada peminat Haqiem dan Bahran secepat mungkin.

Cik Pang yakin dan percaya, semestinya peminat dua penyanyi remaja diminati ramai ini tidak sabar menantikan­nya.

Bahkan, single solo baru Haqiem iaitu Selamat Tinggal Sayang pun Cik Pang tengok tidak kurang hebat sambutanny­a.

Justeru, kepada

Xpose Band, Haqiem dan Bahran, Cik Pang ucapkan tahniah kerana berjaya menghasilk­an single yang menepati cita rasa peminat mereka.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia