Harian Metro

KAIN PELEKAT T

- Hafiz Ithnin hafizithni­n@mediaprima. com.my

Lahore ada banyak masjid purba ikonik y

Penulis hanya mengenakan celana pendek dan baju T berkolar bulat pagi itu, sesuai dengan cuaca panas di luar. Selendang nipis menjadi helaian penting bagi melindungi kepala dan muka daripada sinaran terik matahari.

Kulit muka yang masih pedih akibat pukulan pendakian di laluan paling berbahaya dunia, Kem Induk K2 baru-baru ini sudah menunjukka­n tanda terbakar dengan jelas. Berbelang dan mengelupas.

Kisah laluan pendakian itu, pernah penulis ceritakan dalam ruangan ini tahun lalu. Kali ini penulis ingin berkongsi kisah pengembara­an di Lahore, Pakistan yang menjadi destinasi terakhir sebelum berangkat pulang ke tanah air.

Lahore adalah ibu negeri Punjab dan terletak paling hujung di utara-timur wilayah berkenaan. Seperti kota lain di benua kecil India, Lahore sibuk dan meriah dengan pelbagai aktiviti masyarakat setempat.

Sebagai pengembara, penulis tidak meletakkan sasaran lokasi khusus untuk ditujui kerana lebih gemar mengenali budaya dan menyaksika­n gelagat masyarakat setempat.

Namun masa yang ada tetap dimanfaatk­an sepenuhnya. Ruparupany­a di Lahore ada banyak masjid purba yang kelihatan unik untuk dikunjungi dan terasa sangat teringin singgah serta duduk sebentar di dalamnya. Namun pakaian penulis hari itu menjadi penghalang. Terselit rasa sesal kerana memakai seluar pendek.

Oleh kerana keinginan untuk melihat sendiri isi masjid semakin membuak, akhirnya penulis membeli sehelai kain pelekat. Ya, sehelai kain pelekat menjadi permulaan kepada aktiviti kembara masjid hari itu.

Masjid pertama yang ditujui adalah Masjid Badshahi yang terletak di luar bandar lama Lahore atau dikenali sebagai Walled City of Lahore. Masjid ini adalah antara bangunan dan seni bina ikonik di Lahore.

Dari luar, seni binanya tampak seperti Taj Mahal yang sungguh popular di Agra, India kerana ada tembok besar di sekeliling­nya dan pintu gerbang luas untuk masuk ke dalam masjid berkenaan.

Membaca sejarahnya, masjid itu dibangunka­n pada era Empayar Mogul keenam ketika pemerintah­an Aurangzeb pada 1671. Dari luar masjid itu tampak kemerah-merahan kerana ia dibina menggunaka­n pasir berwarna merah dan marmar yang diukir kemas.

Suasana di dalam sesak, ramai pelawat yang mungkin juga pelancong tempatan mengambil kesempatan melihat keunikan masjid kedua terbesar di Pakistan itu.

Ketika asyik meneliti keindahan masjid berkenaan, sekumpulan remaja lelaki menyapa penulis dan meminta izin untuk merakam foto bersama mereka. Sebagai orang asing pastinya tidak menolak permintaan itu.

Tersenyum penulis melihat mereka bersungguh-sungguh mahu menjadi kawan media sosial. Bagi penulis, ia tidak menjadi masalah. Lebih ramai kawan, lebih meriah.

Bagaimanap­un, selepas beberapa minit, sekumpulan remaja lelaki lain pula mendekati penulis dan meminta untuk bergambar bersama-sama lagi. Perkara itu berlaku bukan dua kali,

 ??  ?? LALUAN pejalan kaki yang kemas di Masjid Badshahi.
SENI dalaman Masjid Badshahi.
REKA bentuk binaan klasik Masjid Wazir Khan
SUASANA di bandar lama yang hiruk-pikuk dengan aktiviti perniagaan.
LORONG perniagaan di bandar lama
LALUAN pejalan kaki yang kemas di Masjid Badshahi. SENI dalaman Masjid Badshahi. REKA bentuk binaan klasik Masjid Wazir Khan SUASANA di bandar lama yang hiruk-pikuk dengan aktiviti perniagaan. LORONG perniagaan di bandar lama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia