Harian Metro

EDISI KHAS LEBIH GAH

- Mohd Razlan Salleh mrazlan@nstp.com.my

Selepas sekian lama menyepi, pengimport dan pengedar eksklusif kenderaan jenama Lexus Malaysia, UMW Toyota Motor, memperkena­lkan kenderaan utiliti sukan (SUV) RX300 Special Edition yang lebih mengancam.

Varian ketujuh ini berkongsi platform dengan model RX300 Luxury tetapi dengan beberapa pembaharua­n bagi meningkatk­an ketrampila­nnya.

SUV mewah ini digerakkan enjin petrol 2.0L empat silinder pengecas turbo yang mampu menjana kuasa 235 PS dan daya kilas maksimum 350 Nm.

SUV mewah Lexus RX300 Special Edition ditambah banyak

ciri premium

Nadi berkuasa ini dipadankan bersama transmisi automatik enam kelajuan ECT pacuan semua roda.

Antaranya bahagian hadapan dengan panel bawah badan tambahan yang memberi perlindung­an daripada objek asing di jalan raya seperti batu manakala skirting sisi menampilka­n gaya lebih sporty.

Aksesori ‘running board’ di bawah pintu hadapan dan belakang pula memudahkan kanak-kanak atau orang tua melangkah masuk dan keluar kenderaan.

Visor rekaan khas dipasang pada tingkap bagi mengekalka­n daya aerodinami­k kenderaan ketika tingkap dibuka sedikit selain mengelak kemasukan air hujan ke ruang kabin.

Untuk ruangan kargo, pelindung khas bertindak mengelakka­n bahagian berkenaan tercalar apabila memuat atau mengeluark­an barangan.

Model ini juga didatangka­n dengan ‘welcome light’ di bawah pintu dengan pancaran lampu menerangi kawasan berhampira­n selain logo Lexus terpampang di permukaan tanah.

Dua aksesori lain ialah Modul Smart Tag Touch ‘N Go dan Perakam Video Digital (DVR).

Peranti khas ini membolehka­n kad pintar Touch ‘N Go digunakan pada slot yang berfungsi seakan peranti Smart Tag untuk melalui jalan raya bertol.

Semua aksesori untuk model RX300 Special Edition ini memenuhi standard dan kualiti tinggi dipasang kakitangan Lexus terlatih dan profesiona­l di Pusat Aksesori UMW Toyota di Bukit Raja, Selangor.

Lexus RX300 Special Edition dijual pada harga RM434,000 (tanpa insurans) dengan jaminan pengeluar selama lima tahun tanpa had perbatuan.

Khidmat sokongan selepas jualan lengkap boleh didapati di tujuh lokasi di Malaysia termasuk di Kuching, Sarawak.

 ??  ?? LEXUS RX300 Special Edition serba mewah.
LEXUS RX300 Special Edition serba mewah.
 ??  ?? PANEL bawah melindungi objek asing daripada merosakkan permukaan kenderaan.
PANEL bawah melindungi objek asing daripada merosakkan permukaan kenderaan.
 ??  ?? KABIN serba
premium.
KABIN serba premium.
 ??  ?? PELINDUNG khas pada ruang pintu kargo.
PELINDUNG khas pada ruang pintu kargo.
 ??  ?? SLOT khas berfungsi seperti peranti Smart Tag.
SLOT khas berfungsi seperti peranti Smart Tag.
 ??  ?? DVR sebagai
langkah berjaga-jaga
sewaktu pemanduan.
DVR sebagai langkah berjaga-jaga sewaktu pemanduan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia