Harian Metro

SEDAN MEWAH MELANGKAUI ZAM

-

BMW 530e tambah sempurna dengan teknologi iPerforman­ce

Kebelakang­an ini, banyak pemain industri automotif dunia berlumba-lumba mengeluark­an jentera elektrik atau dwi-kuasa seperti hibrid.

Ada yang membangunk­an teknologi pintar seperti penggunaan bateri tambahan sebagai daya kuasa, kuasa kinetik dan ada juga kenderaan yang mampu mengecas di rumah atau premis terpilih.

Baru-baru ini, penulis diberi kesempatan BMW Group Malaysia merasai pengalaman memandu BMW 530e Sport berteknolo­gi Plug-in Hybrid.

Model 5 Series ini menerima suntikan teknologi daripada BMW iPerforman­ce dan menjadi model kelima diperkenal­kan bersama kepakaran itu dalam pasaran tempatan.

Sedan premium ini sememangny­a sangat dikenali dengan keselesaan, gaya dan reka bentuk menarik, kini ditambah dengan suntikan eDrive menjadikan­nya sangat sempurna dalam kelasnya.

Rekaan luaran sporty

Pada aspek rekaan luaran, tidak banyak perbezaan berbanding model 5 Series lain melainkan beberapa penambahba­ikan untuk kelihatan lebih sporty.

Antaranya paip ekzos berkembar di belakang, manakala rim aloi 19 inci memberi imej premium.

Logo memaparkan model ‘530e’ dan ‘eDrive’ pada tiang C membolehka­n jentera ini dikenali dengan mudah.

Selain itu, satu ruang seakan-akan tudung tangki bahan api yang boleh dibuka berada berhampira­n roda kiri hadapan menjadi petunjuk kenderaan dwikuasa ini.

Sebenarnya, tudung itu bukan bermaksud tangki bahan api model ini berada di hadapan, sebaliknya ia adalah ruang soket untuk mengecas tenaga elektrik.

Bahagian depan pula masih mengekalka­n gril hadapan ‘kidney’ yang menjadi identiti setiap model BMW.

Namun, ramai tidak menyedari rekaannya lebih besar dan ruang kemasukan udara boleh dibuka dan ditutup mengikut keadaan bagi disesuaika­n dengan faktor aerodinami­k.

Varian dipandu uji kali ini adalah Sport Line yang didatangka­n dengan lampu utama LED bersama ciri lampu tinggi dan rendah, lampu sisi dan lampu nyalaan siang (DRL).

BMW 530e Sport serba baharu ini dilengkapi ciri Comfort Access pintar yang membolehka­n pemilik mengakses tanpa penggunaan kunci kereta.

Daripada membuka pintu dan menghidupk­an enjin, BMW 530e Sport serba baharu direka untuk peka terhadap peranti unik pada kunci, seterusnya berhubung dengan sistem dalaman kereta.

Ini menjadikan jentera ini tidak boleh dihidupkan tanpa kehadiran kunci pintar berkenaan.

Daya kuasa maksimum

Menyentuh mengenai aspek kuasa, BMW 530e Sport dikuasakan enjin petrol empat silinder sebaris BMW TwinPower Turbo bersesaran 2.0L yang berkuasa.

Nadi pintar ini berdaya menjana kuasa sehingga 184 kuasa kuda (hp), manakala daya kilas maksimum adalah 320Nm.

Namun, apabila digabungka­n bersama tenaga motor elektrik, sedan premium ini mampu menghasilk­an 252 hp dan tork mencecah 420Nm.

Sepanjang pandu uji, tiada sebarang kecacatan dikesan terhadap kuasa, tambahan pula penggunaan kuasa hibrid menjimatka­n bahan api.

Penggunaan bahan api direkodkan sangat mengejutka­n apabila

BMW 530e Sport cuma mencatatka­n penggunaan sekitar 2.0l/100km dan emisi karbon dioksida yang rendah iaitu 46g/km sekiranya dipandu dengan berhemah.

Sedan ini berupaya memecut dari 0 hingga 100

 ??  ?? PENGECASAN pantas dengan BMW i A/C Fast Charging Cable.
LOGO ‘eDrive’ pada tiang C BMW 530e. SEDAN mewah yang menepati selera golongan muda.
REKAAN susun atur kokpit kemas.
RIM aloi 19 inci.
PENGECASAN pantas dengan BMW i A/C Fast Charging Cable. LOGO ‘eDrive’ pada tiang C BMW 530e. SEDAN mewah yang menepati selera golongan muda. REKAAN susun atur kokpit kemas. RIM aloi 19 inci.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia