Harian Metro

SEMANGAT KEMBARA

- Lizam Ridzuan lizamridzu­an@nstp.com.my

Tunggangan selama tiga hari sejauh lebih 1,200 kilometer (km) berjaya dicatatkan peserta konvoi Kawasaki Ride 2018, barubaru ini.

Uniknya edisi 2018 menggabung­kan pemilik motosikal Kawasaki daripada unit pemasangan tempatan (CKD) dan model import sepenuhnya (CBU) yang mana sebelum ini dilakukan secara berasingan.

Edisi kali ini menyaksika­n penyertaan lebih 100 motosikal dengan 120 peserta merentasi empat negeri bermula dari ibu pejabat Kawasaki Motors Malaysia Sdn Bhd (KMSB) di Glenmarie, Shah Alam, Selangor ke Perak, Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Konvoi dilepaskan Pengurus Besar dan Pengarah KMSB, Datuk Jeffrey Lim diiringi lima anggota trafik Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Destinasi pertama Simpang Pulai dan kemudian meneruskan perjalanan melalui Kuala Kangsar sebelum berhenti makan tengah hari di Tasik Raban, Lenggong, Perak.

Cuaca baik sepanjang perjalanan mengiringi peserta dan sebaik memasuki Lebuhraya Timur Barat, hujan melanda tetapi perjalanan tetap diteruskan ke destinasi seterusnya di Jeli, Kelantan.

Selepas berehat dan memenuhkan bahan api di Jeli, Kawasaki Ride 2018 meneruskan perjalanan ke Besut, Terengganu pada jarak berbaki 70 km dan tiba di Bukit Keluang Beach Resort sekitar jam 7 petang.

Ketua Konvoi, Ahmad Radzi Abdul Rahman yang juga Penolong Pengurus Pemasaran KMSB berkata, seperti penganjura­n sebelumnya, acara ini diadakan bagi pemilik Kawasaki dapat samasama melakukan aktiviti konvoi bermotosik­al sambil melakukan aktiviti amal.

“Saya sentiasa mengingatk­an peserta supaya berdisipli­n dan mematuhi pergerakan konvoi dikawal anggota trafik bagi memastikan kelancaran pergerakan selain menekankan mengenai tunggangan berhemah,” katanya.

Hari kedua dimulakan dengan memenuhi undangan acara Program Amal Bersama Pelajar Maahad Tahfizul Quran Albukhari Tok Bali dan sesi beramah mesra termasuk memberi peluang pelajar menaiki motosikal berkuasa tinggi.

Selain itu, pemeriksaa­n kesihatan Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) dan pameran Agensi

Anti Dadah Kebangsaan (AADK) turut diadakan bagi memberi peluang kepada orang ramai mendapatka­n maklumat berkaitan agensi berkenaan.

Selesai acara, semua peserta bersantai melakukan aktiviti sendiri sebelum menyertai majlis tahlil dan makan malam.

Peserta berangkat pulang ke ibu kota pada esok hari melalui Lebuhraya Pantai Timur (LPT).

Sementara itu, perjalanan kali ini mencatat sejarah hitam apabila seorang peserta terbabit kemalangan maut selepas hilang kawalan di laluan menghubung­kan Jeli dan Gerik.

 ??  ?? LEBIH 120 peserta sertai acara tahun ini.
LEBIH 120 peserta sertai acara tahun ini.
 ??  ?? SUMBANGAN oleh KMSB.
SUMBANGAN oleh KMSB.
 ??  ?? RADZI dan marsyal memberi taklimat sebelum permulaan.
RADZI dan marsyal memberi taklimat sebelum permulaan.
 ??  ?? LIM melepaskan peserta Kawasaki Ride 2018.
LIM melepaskan peserta Kawasaki Ride 2018.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia