Harian Metro

‘Bidadari Putih’ BMW memukau

- Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi metahad@hmetro.com.my

Kerja ubah suai ambil masa hampir enam bulan dengan kos RM30,000

Bagi peminat dunia motosikal kustom tempatan, pasti mengenali motosikal BMW R75/6 yang digelar Bidadari Putih atau White Angel.

Motosikal kustom hasil binaan Rusty Factory (RF) atau Geng Budak Ipoh cukup memukau ketika penampilan­nya di Art Of Speed (AOS) 2018, baru-baru ini.

Kemunculan jentera dari Ipoh, Perak, ini sememangny­a dinanti pengunjung dan peminat dunia kustom kerana bengkel RF sebelum ini mencipta nama dengan merangkul dua anugerah utama pada AOS 2017.

Kejayaan dikecapi seakan berulang apabila White Angel berjaya merangkul dua anugerah, sekali gus membawa pulang wang tunai RM15,000.

White Angel antara motosikal kustom yang amat unik dengan rekaan elegan dan futuristik.

Antara keunikan ditampilka­n adalah penggunaan gear tangan dan klac kaki digelar ‘Suicide Gear System’ seperti kereta.

Tampak sukar untuk dikendalik­an, namun itulah salah satu keunikanny­a.

Tidak seperti jentera lain, motosikal ini menggunaka­n pendikit dalaman (Inner Throttle) melalui bar binaan khas.

Enjin asal bersesaran 750cc itu masih kekal dan tidak diusik kecuali perumah enjin digilap sehingga menghasilk­an warna krom.

Jika diperhatik­an, bawah pelana terdapat satu cakera berputar dan itu sebenarnya sistem brek jentera ini.

Kebiasaann­ya, sistem brek cakera ditempatka­n di sisi roda tetapi kreativiti RF membolehka­n ia dipasang pada lokasi lain.

Boleh dikatakan hampir 99 peratus jentera ini diubah suai, tetapi ciri asal BMW masih kekal dan dapat dilihat pada perumah enjin.

Difahamkan, kos pembinaan mengambil masa hampir setengah tahun dan menelan kos lebih RM30,000.

 ??  ?? WHITE Angel memukau.
WHITE Angel memukau.
 ??  ?? PEMILIK bengkel RF bersama jentera ciptaannya.
PEMILIK bengkel RF bersama jentera ciptaannya.
 ??  ?? TAMPIL garang dengan komponen binaan khas.
TAMPIL garang dengan komponen binaan khas.
 ??  ?? KARBURATOR Bing berkembar.
KARBURATOR Bing berkembar.
 ??  ?? ENJIN asal berfungsi cemerlang.
ENJIN asal berfungsi cemerlang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia