Harian Metro

Penyakit atrofi otot spina

- Nurul Husna Mahmud nurul_husna@hmetro.com.my

Sebagai pesakit atrofi otot spina (SMA) Ainaa Farhanah Amali, 22, terpaksa menjalani fisioterap­i bagi menangani gangguan otot dan motor yang dialami implikasi daripada penyakit berkenaan.

Setiap hari pesakit

SMA terpaksa bergelut dengan gangguan saraf neuromusku­lar yang bermula sejak kanak-kanak sehingga menjejaska­n perkembang­an sel otot di tangan, kaki dan otot tulang rusuk mengecut secara berterusan.

Ainaa sedar kebergantu­ngan pada kerusi roda selain kekangan melakukan aktiviti lasak membuatkan dia menjadi sangat cerewet dalam memilih aktiviti bersesuaia­n dengan kemampuann­ya.

Lulusan ijazah bidang Reka Bentuk Grafik dari Universiti Nottingham itu berkata, sokongan keluarga dan komuniti banyak membantu kelangsung­an hidup selain rawatan fisioterap­i.

“Saya tidak nafikan pesakit SMA bergelut dengan banyak isu termasuk keyakinan diri apabila menghadapi masalah otot yang serius sehingga menjejaska­n fungsi anggota utama tubuh seperti tangan dan kaki.

“Namun persekitar­an positif membuatkan saya optimis menjalani kehidupan.

“Saya tidak menghadapi masalah melakukan perkara yang saya suka termasuk melukis.

“Paling penting saya perlu terus mengikuti rawatan terapi,” katanya ketika ditemui pada program ‘Art Jamming’ sempena Hari Tanggungja­wab Sosial Korporat Global Kumpulan Maybank 2018 di Pusat Kegiatan Kanak-kanak Bainun Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

 ??  ?? GRAF memahami gangguan pada gen pesakit. PEMERIKSAA­N elektromio­grafi untuk kesan masalah gangguan saraf atau motor.
GRAF memahami gangguan pada gen pesakit. PEMERIKSAA­N elektromio­grafi untuk kesan masalah gangguan saraf atau motor.
 ??  ?? MOHAIYANI tidak kekok bermesra dengan kanak-kanak komuniti SMA. KELUARGA antara sokongan kuat Ainaa.
MOHAIYANI tidak kekok bermesra dengan kanak-kanak komuniti SMA. KELUARGA antara sokongan kuat Ainaa.
 ??  ?? DR Rabani
DR Rabani

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia