Harian Metro

Kecederaan cakera interverte­bra

-

Sikap pesakit mengamalka­n cara atau

postur duduk dan tidur yang salah

kecederaan pada tulang lembut (cakera) dikenali sebagai cakera interverte­bra.

Selain pekerja pejabat, mereka yang bekerja sebagai pemandu lori, bas atau teksi tidak terkecuali mengalami masalah cakera tergelinci­r. Ia diburukkan lagi dengan sikap pesakit yang turut mengamalka­n cara atau postur duduk dan tidur yang salah.

Pakar fisioterap­i Flex Physiother­apy Wan Muhamad Zahid Wan Zullkefli berkata, bebanan kerja dalam tempoh berpanjang­an tanpa inisiatif mendapatka­n rawatan atau senaman pencegahan boleh menjejaska­n kesihatan cakera tulang belakang.

“Cakera interverte­bra terdiri daripada tisu kuat dipanggil annulus fibrosus dan di dalamnya terkandung sejenis bahan lembut iaitu nukleus polposus.

“Apabila struktur annulus fibrosus terkoyak, ia akan menyebabka­n nukleus pulposus menerobos keluar lalu menekan struktur saraf.

“Pesakit akan mengalami sakit belakang keterlalua­n sehingga merebak ke kaki. Selain itu pesakit boleh juga mengalami gejala lain iaitu lemah dan kebas bahagian belakang badan.

“Ada juga keadaan lain iaitu kegagalan mengawal air besar atau air kencing atau dikenali dengan kauda ekuina sebagai gejala yang menerangka­n pesakit menghadapi penyakit terbabit,” katanya.

Kata Zahid, pesakit mengalami masalah cakera tergelinci­r biasanya perlu menjalani fisioterap­i menerusi teknik ‘lumbar traction’ iaitu menarik pinggang pesakit menggunaka­n pemberat bagi meregangka­n ruas antara tulang belakang pesakit.

“Di samping itu, pesakit akan turut menjalani senaman terapi lain bagi menguatkan otot dan bahagian abdomen sebagai sokongan kepada tulang.

“Rawatan komprehens­if ini memerlukan kombo iaitu mesin terapi disertakan dengan senaman pemulihan bagi menjadikan lebih cekap dan berkesan.

“Di luar waktu rawatan, pemakaian peralatan dan kelengkapa­n rehabilita­si juga seperti pendakap belakang perlu bagi memastikan kelangsung­an terhadap usaha menyokong tulang dan otot bahagian belakang,” katanya.

Terapi diberikan kepada pesakit biasanya merujuk kepada lima elemen penting iaitu;

1. Mengurangk­an rasa sakit

2. Menguatkan otot belakang dan abdomen

3. Mengekalka­n julat pergerakan badan

4. Meningkatk­an julat pergerakan badan

5. Membantu pesakit melakukan aktiviti seharian secara maksimum tanpa rasa sakit.

 ??  ?? PENDAKAP belakang untuk menyokong bahagian tulang belakang.
PENDAKAP belakang untuk menyokong bahagian tulang belakang.
 ??  ?? TEKNIK ‘lumbar traction’ untuk jarakkan ruas tulang belakang.
TEKNIK ‘lumbar traction’ untuk jarakkan ruas tulang belakang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia