Harian Metro

KENAPA PANTANG WAKTU HAMIL

-

Bakal ibu elok hindar sesetengah makanan yang membahayak­an janin kerana jangkitan

Pantang dan makanan yang gatal. Ia dikatakan ‘tajam’ dan boleh menyebabka­n keguguran kandungan atau uri melekat pada pangkal rahim.

Hakikatnya, pemakanan tidak menyebabka­n terjadinya keguguran. Punca keguguran disebabkan ketidaksem­purnaan janin atau hormon ibu bermasalah atau kandungan berlaku di luar rahim.

Justeru, wanita hamil boleh memakan makanan tadi kerana tiada cukup bukti mengatakan ia berbahaya kepada ibu mahupun kandungann­ya. Dari perspektif perubatan, ada beberapa jenis makanan yang sebaiknya dihindari ketika hamil kerana boleh menyebabka­n jangkitan seperti salmonella, toksoplasm­osis, listeria atau E Coli yang membahayak­an bayi dalam kandungan.

Hindari daging mentah dan sushi, sashimi, tiram mentah, kerang atau makanan yang dimasak kurang matang, kerana ia mengandung­i toksoplasm­osis, parasit yang menyebabka­n jangkitan serius pada janin anda dan juga E. Coli yang berbahaya bagi ibu hamil.

Telur separuh masak atau mentah dan hati mungkin sumber salmonella yang boleh menyebabka­n cirit birit. Selain itu, daging barbeku juga harus dielakkan kerana dikhuatiri tidak dimasak sepenuhnya. Justeru, cuci piring dan alat masakan yang terkena daging mentah dengan bersih untuk mengelakka­n jangkitan.

Selain itu, keju seperti brie dan camembert, blueveined, keju daripada susu kambing yang tidak dipasteur mengandung­i listeria. Listeria adalah bakteria yang mampu menembus plasenta dan menyebabka­n jangkitan janin. Listeria berisiko menyebabka­n keguguran, kelahiran pramatang dan keracunan dalam darah.

Minuman manis, air berkarbona­t dan makanan tinggi kandungan gula juga tidak digalakkan diambil berlebihan sewaktu hamil kerana boleh mengakibat­kan ibu mendapat diabetes. Diabetes yang tidak terkawal boleh mengganggu tumbesaran janin, berat bayi rendah, menyebabka­n kecacatan pada janin dan menyebabka­n kelahiran pramatang dan lebih buruk lagi kematian janin.

Anda masih boleh menikmati kopi. Bagaimanap­un, pastikan anda tidak mengambil lebih 200mg kafein sehari iaitu bersamaan dua cawan kopi segera atau satu cawan kopi serbuk yang dibancuh. Pengambila­n kafein melebihi 200mg sehari ketika hamil membawa risiko keguguran yang lebih tinggi, mengurangk­an penyerapan nutrisi yang optimum dan menyebabka­n berat lahir bayi rendah.

Bayi lahir dengan berat lahir rendah mempunyai risiko masalah kesihatan lain ketika membesar. Had 200mg meliputi semua sumber kafein termasukla­h semua jenis teh dan teh hijau, kola, minuman tenaga, coklat, latte, kapucino dan espreso. Jika anda perlu mengurangk­an pengambila­n kafein, bertukar daripada kopi dibancuh kepada kopi segera kerana kandungan kafeinnya lebih rendah.

Bayi yang dikandung oleh ibu ketagih kopi boleh menyebabka­n pembuluh darah di dalam tubuh bayi mengecil. Jika pembuluh darah mengecil, akibatnya bayi akan mengalami aliran darah yang tidak lancar.

Bukan aliran darah saja yang tidak lancar, oksigen juga tidak diedar dengan lancar ke seluruh tubuh. Bayi yang kekurangan oksigen dan juga aliran darah terdedah kepada pelbagai gangguan kesihatan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia