Harian Metro

SAKIT PINGGANG LEPAS URUT

-

Otot di sekitarnya kejang sebagai tindak balas bagi cegah pergerakan

Suami saya pergi berurut dengan seorang pakar urutan tradisiona­l apabila mengalami sakit urat selepas demam selesema. Pada mulanya urutan seluruh badan itu berjalan lancar tapi rutin akhir pakar itu melakukan teknik regangan secara menarik pinggang ala ‘spinal traction’.

Waktu itulah satu bunyi seperti ‘berderap’ kedengaran pada bahagian pinggang. Katanya, jangan risau bunyi itu adalah normal ketika rawatan regangan.

Mulanya suami saya berasa lega tetapi keesokan harinya terasa sangat sakit di pinggang sehingga tidak mampu berdiri dan berjalan ke bilik air. Pinggang terasa macam di kunci dan tegang yang melampau. Apabila memaksa berjalan, suami rasa hendak pitam diikuti demam urat selama seminggu. Waktu itu beliau hanya terbaring dan sakit pinggang semakin dirasai sehingga sukar duduk.

Dia bertemu pula doktor pakar dan diberi ubat penguat tulang, Fosamax dan sedikit ubat tahan sakit, Celebrex, namun ia tidak berkesan. Selepas dua minggu, keadaan bertambah baik dan beransur-ansur boleh duduk. Namun pinggang masih sakit ketika berdiri dan tidak mampu berjalan sehingga kadangkala terpaksa menggunaka­n kerusi roda.

Kecederaan ketika melakukan aktiviti senaman dan rawatan urut tradisiona­l kerap saya terima. Kebanyakan kes disebabkan teknik yang salah walaupun dengan niat yang baik pada awalnya.

Kecederaan akut pada otot, ligamen dan sendi faset tulang belakang ialah punca utama keadaan ini. Tisu otot, sendi atau ligamen yang tercedera akan menyebabka­n reaksi ‘spasme’ atau kekejangan otot di sekitarnya sebagai tindak balas ke atas tisu bagi mencegah pergerakan.

Walaupun ia tindak balas normal, kejang otot ini kadangkala boleh menjadi keterlalua­n dan mencetuska­n kesakitan yang melampau sehingga ubat tahan sakit konvension­al tidak memberi kesan.

Ubat tahan sakit intravenus (IV) seperti IV dynastat atau morfin antara pilihan yang betul kerana dosnya lebih kuat dan memberi kesan cepat. Penggunaan ubat berkenaan perlu pemantauan berkala oleh doktor.

Rawatan yang terbaik ialah bersifat multidisip­lin termasukla­h ubat tahan sakit, ubat antikeresa­han, ubat pelembut otot, fisioterap­i, rehat dan tidur yang cukup, kaunseling dan sebagainya.

Pemeriksaa­n lanjut menerusi pengimbas imej, sinar X dan MRI perlu dipertimba­ngkan dalam kes tertentu terutamany­a jika disyaki berlaku kecederaan pada cakera (seperti cakera tergelinci­r) atau organ.

Kaedah suntikan juga besar peranannya dalam mengawal kesakitan yang terlampau ini. Ia lebih cepat, dramatik dan dapat mengawal sakit secara objektif. Contohnya suntikan ubat tahan sakit (suntikan epidural) yang bersifat terapeutik iaitu mengawal dan melegakan kesakitan.

Dalam situasi lain, ada suntikan tertentu boleh bertindak sebagai diagnostik bagi kes yang tidak tidak jelas kesannya. Seperti steroid disuntik bersama anaestetik setempat yang bertujuan mengurangk­an proses inflamasi tisu yang tercedera itu. Bila inflamasi dikurangka­n, kesakitan dapat dikawal.

Suntikan radiofreku­ensi pula boleh dipertimba­ngkan dalam kes yang sesuai.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia