Harian Metro

Harap kutip RM5j bantu pesakit jantung

-

Yayasan Jantung Penyayang (YJP) dan Pertubuhan Gagasan Generasi Profesiona­l (GGP) menyasarka­n kutipan dana RM3 hingga RM5 juta tahun depan, dalam usaha membantu pesakit jantung kurang berkemampu­an mendapatka­n rawatan.

Ini berikutan statistik tahun lalu yang mendedahka­n sebanyak 16.5 peratus daripada 45,936 kematian di Malaysia adalah akibat penyakit jantung koronari.

Pengerusi YJP, Muhammad Hisham Iskandar Muhammad berkata, yayasan yang sudah beroperasi lima tahun itu ditubuhkan bagi membantu golongan kurang bernasib baik atau tidak berkemampu­an dari segi kewangan.

“Bagi membantu lebih ramai pesakit jantung, kami menyasarka­n pengumpula­n dana berjumlah RM3 hingga RM5 juta setahun. Terbaru, kami merancang untuk menganjurk­an program golf amal dan larian amal bagi tujuan berkenaan.

“Bantuan kewangan ini akan diserahkan sama ada berbentuk tajaan penuh atau sebahagian untuk diberikan kepada pesakit mengikut keadaan ekonomi masingmasi­ng.

“Meskipun YJP sudah memulakan operasi sejak lima tahun lalu, kami tidak berkesempa­tan untuk melakukan apa-apa aktiviti berikutan ketiadaan penaung sebelum ini.

“Justeru, saya berharap dengan naungan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Norashikin Abd Rahman, kami dapat bergerak aktif untuk melaksanak­an program kesihatan jantung serta pengumpula­n dana.

“Pada masa sama, saya juga berharap supaya wujudnya kolaborasi bersama institusi kesihatan lain dengan memberi tumpuan kepada penyelidik­an, pendidikan awam dan profesiona­l serta pemulihan,” katanya kepada media selepas Majlis Perasmian Yayasan Jantung Penyayang di Institut Jantung Negara oleh Tengku Norashikin, baru-baru ini.

Kerjasama dua pihak ini dijangka merealisas­ikan hasrat YJP untuk membantu lebih ramai pesakit dari segi penyediaan dana, program pendidikan serta kesedaran.

Selain itu, YJP juga menawarkan perkhidmat­an kaunseling sebagai langkah persediaan pesakit untuk menjalani prosedur rawatan jantung.

 ?? FOTO: ?? TENGKU Norashikin merasmikan pelancaran Yayasan Jantung Penyayang yang disaksikan Muhammad Hisham (kanan), Presiden GGP, Datuk Nasir Saari (dua kanan) dan Pengerusi Institut Jantung Negara, Tan Sri Dr Mohd Nasir Mohd Ashraf (kiri).
FOTO: TENGKU Norashikin merasmikan pelancaran Yayasan Jantung Penyayang yang disaksikan Muhammad Hisham (kanan), Presiden GGP, Datuk Nasir Saari (dua kanan) dan Pengerusi Institut Jantung Negara, Tan Sri Dr Mohd Nasir Mohd Ashraf (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia