Harian Metro

Selit banyak mesej positif

-

Filem animasi selalunya berdepan dengan pelbagai isu sebenar yang signifikan tetapi untuk Smallfoot, ia membawa mesej berterusan seperti persoalan menjadi takut atau pemangsa kepada mereka yang berbeza dengan kita.

Tema itu diceritaka­n dengan gaya penceritaa­n visual yang meluas termasuk lagu-lagu menarik dan permulaan yang perlahan.

Judul filem ini boleh dianggap bijak, fokus kepada komuniti Yeti yang menetap di pergununga­n.

Populasi Yeti ini dibesarkan dalam kepercayaa­n bahawa tidak ada apa di sebalik awan tempat mereka tinggal kecuali ruang gelap yang memisahkan mereka.

Migo (suara Channing Tatum) terasing daripada kumpulan mereka dan terkejut dengan penemuan sebuah kapal terbang terhempas di pergununga­n.

Dia terjumpa dengan seorang manusia yang dikenali masyarakat­nya sebagai ‘smallfoot’ buat kali pertama.

Migo sedar kewujudan manusia itu menyebabka­n dia akan dimusnahka­n

Yeti di kampungnya, lalu mendapatka­n bantuan ‘Skeptics’ (suara oleh Zen- daya dan Le Bron James).

Migo akhirnya memberanik­an diri menembusi halangan awan untuk menebus diri sendiri dan bertemu dengan pengacara TV program alam sekitar, Percy (James Cordon).

Filem ini akhirnya menemui langkah sendiri apabila mereka cuba me– ngatasi ruang antara mereka, termasuk cara Percy berucap seperti suara tikus tercekik, manakala Migo pula cuba bercakap dengan mesra biarpun kedengaran mengaum.

Kejayaan gabungan Disney dan Pixar boleh menjadikan animasi ini kelihatan lebih mudah tapi jujurnya, ia bukan kecil. Segelintir jenaka tidak sekata seperti babak terbang atau Yeti fikir gulungan tisu tandas adalah skrol suci.

Namun begitu, Smallfoot banyak menyelitka­n mesej positif dan pe- ngajaran untuk dihadam penonton. Malah, ia mendidik penonton mengenai sikap bertoleran­si, perbezaan dan pelajari cara melihat perspektif berbeza.

Rumusannya, jika anda mencari sebuah filem animasi yang ada pengajaran sesuai untuk kanak-kanak, Smallfoot adalah pilihan baik pada masa ini.

 ??  ?? FILEM: Smallfoot
ARAHAN: Karey Kirkpatric­k PELAKON: Channing Tatum, James Corden, Zendaya GENRE: Animasi komedi keluarga
TAYANGAN: 27 September 2018
ULASAN: Amirul Haswendy Ashari
FILEM: Smallfoot ARAHAN: Karey Kirkpatric­k PELAKON: Channing Tatum, James Corden, Zendaya GENRE: Animasi komedi keluarga TAYANGAN: 27 September 2018 ULASAN: Amirul Haswendy Ashari

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia