Harian Metro

‘Ilmu saya belum cukup’

- Ardini Sophia Sina hellinie@hmetro.com.my

Adam menjadi kebanggaan kerana mualaf pertama menyertai pertanding­an muncul juara

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Begitu jugalah rezeki Da’i Adam atau nama sebenarnya, Muhammad Adam Muhibbulla­h Abdullah yang dinobatkan juara Da’i Pendakwah Nusantara musim keenam.

Walaupun sudah seminggu berlalu, namun nama Adam masih disebutseb­ut malah menjadi kebanggaan kerana dia mualaf pertama menyertai pertanding­an itu dan muncul juara.

Tujuannya hanya satu, Adam ingin menjangkau lebih ramai jiwa dan ‘membentuk’ mualaf berkualiti.

Memeluk agama Islam sejak lapan tahun lalu,

Adam mengakui lebih suka turun padang terbabit dengan aktiviti keagamaan dibandingk­an berdiskusi dengan rakanrakan lain.

“Saya kurang selesa terbabit dengan aktiviti berbentuk perbincang­an kerana sedar ilmu saya dalam bidang agama masih belum cukup. Banyak lagi perlu saya pelajari dan dalami.

“Oleh kerana itu, pendekatan yang saya buat adalah turun padang dan memberikan bantuan setiap kali ada aktiviti dakwah dijalankan.

“Itu adalah satu cara untuk menyelami kehidupan sebenar seorang Muslim,” katanya.

Sepanjang menyertai pertanding­an itu, Adam tidak pernah mengimpi diumumkan sebagai pemenang.

Baginya, ia bukan satu kemenangan tetapi rezeki.

Di akhir waktu, setiap peserta yang terbabit dengan program keagamaan masingmasi­ng punya tanggungja­wab untuk melakukan dakwah mengikut kelebihan masingmasi­ng.

Penyertaan­nya dalam pertanding­an itu juga bagi memotivasi­kan semua Muslim terutama mereka yang memeluk agama Islam agar terus teguh dan berusaha mendekatka­n diri kepada Allah.

Menjuari program keagamaan, Adam tidak terlepas daripada cakapcakap netizen yang kurang berpuas hati. Ada yang sudah menjangkak­an dia akan mendapat tempat pertama kerana statusnya sebagai mualaf.

Bagaimanap­un,

Adam percaya penilaian juri telus tanpa sebarang pengaruh daripada manamana pihak.

Kata Adam, dia percaya juri memberikan markah berdasarka­n tugasan diberikan menerusi segmen satu dan dua pada malam pentas akhir.

“Saya percaya, kemenangan ini tidak dipengaruh­i status saya sebagai mualaf. Markah juga diberikan oleh juri dan bukan undian orang ramai. Saya tidak merasakan status itu satu kelebihan.

“Walaupun saya mualaf, kalau bersikap sambil lewa, tidak fokus dan tidak konsisten, mungkin saya antara peserta terawal akan tersingkir.

“Apapun, ini adalah rezeki,” kata Adam yang menjangkak­an Da’i Imran menjadi pemenang pertanding­an itu.

Bagaimanap­un, perkara paling manis buat Adam adalah kehadiran ibunya memberikan sokongan pada malam pentas akhir.

Kata jejaka berusia 26 tahun itu, dia bertemu dengan ibunya empat kali sepanjang hidupnya.

Jarang berjumpa dan lama terpisah, Adam bagaimanap­un memilih untuk membawa ibunya, Nurshahwan­ie Abdullah untuk menunaikan umrah dengan tiket kemenangan­nya.

Bercakap mengenai kerjaya dakwah, kata Adam, dia akan menamatkan pengajiann­ya dalam Ijazah Sarjana Muda Dakwah dan Pengurusan Sumber Insan di Kolej Universiti Islam Antarabang­sa Selangor yang masih berbaki satu semester.

“Ibu dan pihak universiti minta saya selesaikan pengajian terlebih dulu sebelum aktif berdakwah. Oleh itu, saya akan memenuhi permintaan mereka dan selesaikan kuliah.

“Namun, kalau ada selepas ini pun, saya akan cuba penuhi sekiranya tidak bertindih dengan jadual kuliah. Apapun, buat masa ini saya utamakan pelajaran,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia