Harian Metro

Ansel Elgort

- Michelle Gun michellegu­n@hmetro.com.my

Dilamar Steven Spielberg untuk bintangi watak hero dalam West

Side Story

Minggu lalu, Ansel Elgort dilamar penerbit dan pengarah filem tersohor Steven Spielberg untuk membintang­i watak hero dalam West Side Story.

Filem itu mengisahka­n cinta tragis sepasang kekasih, Maria dan Tony apabila geng masingmasi­ng berebut menguasai kawasan.

Ia bukan karya baru sebaliknya sudah dipersemba­hkan banyak kali di pentas muzikal dan layar perak sejak 50 tahun lalu.

Selain itu, filem West Side Story yang diterbitka­n pada 1961 memenangi 10 Anugerah Academy termasuk Filem Terbaik dan Pengarah Terbaik.

Berdasarka­n pencapaian hebat kisah klasik itu, penonton pasti meletakkan harapan tinggi terhadap persembaha­n Elgort.

Malah, ada yang mempertika­i kelayakan bintang Hollywood berusia 24 tahun itu untuk memegang peranan utama.

Hakikatnya, Elgort pernah melakonkan watak Tony dalam satu pementasan muzikal pada 2007 dan ketika itu dia berusia 13 tahun.

Bukan itu saja, bintang Baby Driver itu juga penyanyi dan produser Muzik Tarian Elektronik.

Dia sudah menghasilk­an banyak lagu antaranya Home Alone, Thief, Supernova dan terbaru You Can Count on Me.

Jadi, tiada masalah untuk Elgort menyanyi dalam West Side Story yang dijangka memulakan penggambar­an tahun depan.

West Side Story adalah inspirasi karya klasik William Shakespear­e, Romeo and Juliet yang turut berakhir dengan kisah tragis.

Manakala di hujung kisah West Side Story, Tony meninggal dunia dalam dakapan Maria akibat ditembak Chino.

Difahamkan setakat ini, produksi belum menjalanka­n sesi uji bakat mencari pelakon sesuai untuk watak Maria.

Perkembang­an lain, Elgort bakal muncul dengan filem The Goldfinch yang akan ditayangka­n dalam masa terdekat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia