Harian Metro

SIKAP MALU PUPUK AKHLAK MULIA

-

Allah SWT berfirman yang bermaksud, “Katakanlah: Sekali-kali tidak akan menimpa kami melainkan apa yang ditetapkan Allah untuk kami. Dialah pelindung kami, dan hanya kepada Allah orang-orang yang beriman harus bertawakal.” (Surah at-Taubah, ayat 51)

Kita selalu lihat orang lain ditimpa musibah. Kita kasihankan mereka lalu dalam hati berkata, “Alhamdulil­lah, nasib baik bukan aku yang kena musibah itu.”

Di sebalik musibah itu sebenarnya ada banyak kebaikan daripada Allah seperti pengampuna­n dosa dan kebaikan lainnya. Ada hadis menyatakan, “Tidak ada musibah yang menimpa umat Islam hingga sekecil duri menusuknya, melainkan Allah akan menghapus dosa-dosanya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Demikian Islam menjelaska­n hikmah musibah. Semoga Allah kuatkan kita dalam menghadapi musibah supaya kita memperoleh rahmat dan reda Allah.

Pada zaman serba canggih ini, maklumat terlalu mudah diperoleh. Disebabkan terlalu terbuka itu, ada sebahagian cerita sebenarnya tidak perlu kita tahu atau sebarkan.

Malu adalah tema yang disepakati para nabi dan tidak terhapus ajarannya. Dalam

Islam, kita dititikber­atkan dan ditanamkan sifat malu, lebihlebih lagi bagi seseorang wanita Muslim.

Malu adalah mahkota bagi wanita Muslim. Jika seseorang tidak mempunyai rasa malu, maka jangan harap lagi kebaikan daripadany­a walaupun sedikit.

Sifat malu menjadi landasan terbaik bagi memupuk akhlak mulia supaya setiap langkah seseorang sentiasa berpaksika­n kebaikan. Siapa yang banyak malunya, maka akan lebih banyak kebaikanny­a.

Melihat keadaan sekarang, boleh dikatakan masyarakat kita sudah hilang sifat malu. Mungkin ia didorong perasaan ingin menonjolka­n diri dan mendapat perhatian dengan cara yang tidak sepatutnya.

Sebagai seorang Muslim, saya malu terutamany­a apabila ditanya kawan yang belum Islam mengenai salah laku orang Islam. Apa yang boleh saya katakan, mereka Muslim tetapi tidak mengamalka­n gaya hidup Islam sebenar.

Perasaan malu adalah salah satu sifat utama seorang Mukmin kerana ia sebahagian daripada iman. Jika seseorang memiliki sifat malu, dia mampu menjadi contoh kepada orang lain yang melihat keindahan Islam berdasarka­n perwatakan terpamer menerusi dirinya.

Sejarah membuktika­n, nafsu manusia tidak terbatas dan tidak pernah puas. Hanya dengan sifat malu, mereka mampu membendung dan menjuruska­n diri ke arah kemuliaan.

Bagaimanap­un, sifat malu perlu bertempat. Jika seseorang malu melakukan kebaikan seperti malu menutup aurat, mengerjaka­n ketaatan kepada Allah atau malu bertanya perkara yang tidak diketahuin­ya, itu malu yang tercela dan dilarang.

Tidak boleh ada perasaan rasa malu untuk mengajar hal-hal berkaitan hukum agama. Begitu juga dalam menuntut ilmu, kerana ia satu tuntutan.

Senyum selalu, selalu bersangka baik, insya-Allah hati tenang

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia