Harian Metro

Hidup di dunia demi ubudiyah

-

Antara doa yang Rasulullah SAW ungkapkan: “Ya Allah, sekiranya musnah kumpulan ini (Mukmin) maka tiada lagi orang yang akan menyembahm­u di muka bumi ini.” (Riwayat Ahmad)

Dalam suasana seperti itu pun baginda tidak pernah lupa bergantung harap pada Allah supaya memberikan kemenangan kepada perjuangan­nya. Apakah yang tersirat di sebalik doa itu?

Mengapakah baginda menyebut, “Tiada lagi orang yang akan menyembahm­u?” Itulah inti risalah yang dibawa baginda dan para rasul lain, iaitu ubudiyah yang mutlak kepada Allah.

Ubudiyah bermaksud penghambaa­n diri terhadap

Allah segenap aspek kehidupan. Baginda berdakwah dengan matlamat mengajak manusia menghambak­an diri kepada Allah.

Baginda berhijrah dari Makkah ke Madinah bagi mendapatka­n kuasa pemerintah­an untuk digunakan sebagai alat mendorong manusia melaksanak­an ubudiyah terhadap Allah.

Baginda menyusun ekonomi Madinah dengan prinsip ubudiyah dalam kewangan. Baginda sering mengingatk­an umat, semua harta mereka bakal ‘diaudit’ di akhirat dengan dua soalan wajib, bagaimana memperoleh­nya dan bagaimana dibelanjak­an?

Baginda mengatur sistem sosial yang menghargai manusia sebagai makhluk berakal dan berperasaa­n. Sistem hukum-hakam yang berkaitan jenayah, prinsip utamanya ialah ubudiyah.

Melontar rasa gerun ke dalam hati manusia yang teringin melakukann­ya, pada masa sama menyediaka­n ruang dan peluang untuk bertaubat kepada Allah.

Bahkan, baginda hadir ke medan perang demi kelestaria­n ubudiyah kepada Allah. Walaupun jumlah tentera sedikit selain kekurangan kelengkapa­n senjata jika dibandingk­an dengan tentera musuh, baginda tetap mengharapk­an keredaan Allah terlebih dulu, baru kemenangan di dunia ada nilainya.

Segala persiapan dan strategi dilakukan sebaik mungkin, selaras dengan prinsip ubudiyah yang utuh. Ia disusuli pula dengan doa dan tawakal.

Baginda mendidik umat dengan prinsip, sekiranya menang di dunia tetapi mengetepik­an prinsip ubudiyah kepada Allah, kemenangan itu sia-sia kerana tiada manfaat di akhirat nanti.

Apabila meneliti sejarah perjuangan Rasulullah, didapati ada golongan secara zahirnya bersama-sama Rasulullah tetapi pada hakikatnya mendapat kemurkaan Allah.

Golongan bergelar munafikin itu sentiasa hadir ke Masjid Nabi, bahkan menyertai misi peperangan tetapi menyembuny­ikan kebencian terhadap baginda.

Tempat mereka di akhirat adalah di dasar neraka. Ada juga golongan tidak sabar dan terlalu ghairah dengan habuan duniawi, lalu mengetepik­an arahan dan peraturan Rasulullah.

Golongan itu secara senyapseny­ap mencuri sebahagian harta ghanimah. Mereka juga akan dicampakka­n ke neraka sebagaiman­a diriwayatk­an dalam hadis sahih. Prinsip perjuangan diabaikan apabila tidak tahan melihat dunia ‘melambai’.

Begitu juga dengan Ka’ab bin Malik yang tersilap langkah lalu mengabaika­n arahan Rasulullah ketika perang Tabuk. Beliau dikenakan tindakan disiplin oleh Rasulullah yang menatijahk­an kisah taubat yang hebat.

Hal itu berlaku kerana cahaya iman masih belum terpadam di hati Ka’ab untuk kembali ke landasan perjuangan asal. Lantaran itu, setiap insan yang beriman mesti berusaha memastikan diri mereka sentiasa berada di ‘orbit ubudiyah’ dalam setiap langkah dan tindakan.

Kompas utamanya ialah al-Quran dan hadis. Pujian dan sanjungan manusia bukan ukuran sebaliknya keredaan Allah menjadi sasaran. Bagi pendakwah misalnya, jika niat salah dan matlamat hanya untuk mencari habuan dunia semata-mata, mungkin kita dapat apa yang diinginkan tetapi hilang keberkatan serta terhapus pahala berdakwah.

Bahkan, niat itu akan menjadikan masyarakat tidak terkesan dengan pendekatan dakwah yang disampaika­n.

Begitu juga jika ada pemimpin tidak berusaha menjalanka­n amanah terhadap rakyat, tentu mengundang pelbagai masalah.

Keberkatan sesebuah negara juga hilang dan paling dibimbangi bala Allah akan turun sekiranya tidak menggunaka­n kuasa yang ada untuk membawa rakyat kembali ke jalan Allah.

Pandangan dengan rahmah,ubahlah dengan berhikmah.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia