Harian Metro

Tanggungja­wab besar jaga kehormatan wanita

-

seorang bapa menanggung dosa seandainya anak-anak perempuan yang masih bujang tidak diberi perhatian dan didikan sempurna?

Farah, Kuala Lumpur

sangat menjaga kehormatan dan kemuliaan golongan wanita, sehingga tanggungja­wab menjaga mereka mendapat pahala yang sangat besar.

Begitu juga amaran keras kepada pihak yang mengabaika­n mereka. Tanggungja­wab itu dapat difahami daripada hadis dan pandangan ulama.

Daripada Aisyah, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang dibebani menanggung sesuatu urusan menjaga dan memelihara anak-anak perempuan, lalu dia menjaga dan memelihara­nya dengan baik, nescaya mereka menjadi pelindung baginya daripada api neraka.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, Muslim & at-Tirmizi)

Seseorang bertanggun­gjawab terhadap orang yang bawah jagaannya. Dia akan dipersoalk­an pada hari kiamat nanti mengenai amanah yang diberikan itu. Maka, ibu bapa perlu menumpukan perhatian lebih kepada anak perempuan sehingga dia bernikah kerana tanggungja­wab nafkah dan ketaatan sudah berpindah ke suaminya.

Rasulullah SAW bersabda lagi, yang bermaksud: “Takutlah kamu kepada Allah SWT dalam perkara yang berhubung dengan golongan wanita.” (Hadis Riwayat Muslim)

adalah fitnah yang sangat besar sehingga Rasulullah SAW memohon doa perlindung­an dalam setiap solatnya. Bagaimanak­ah bentuk dajal yang akan muncul, berdasarka­n hadis? Adakah benar pada dahinya tertulis (kaf fa’ ra’) yang boleh dilihat secara fizikal?

Arof, Pulau Pinang

dajal adalah antara tanda besar hari kiamat. Fitnahnya sangat dahsyat dan menyesatka­n. Perkara yang akan datang seperti kisah dajal itu hanya boleh dirujuk menerusi nas al-Quran dan hadis.

Oleh itu, tidak perlu ditafsirka­n oleh orang awam. Urusan memahami nas al-Quran dan hadis pula hendaklah diserahkan kepada alim ulama.

Dalam ruang yang terhad ini hanya dinukilkan mukadimah hadis mengenai dajal yang panjang.

Daripada Fatimah binti

Qais yang mengatakan:

“Saya mendengar muazzin Rasulullah SAW memanggil untuk solat. Saya pun pergi ke masjid dan solat bersama Rasulullah SAW. Selesai solat, Rasulullah SAW naik ke atas mimbar. Nampak seakan-akan bergurau, baginda tertawa dan berkata: “Jangan ada yang bergerak. Hendaklah semua duduk di atas sejadahnya.”

Kemudian baginda berkata: “Tahukah kamu mengapa aku memerintah­kan kamu jangan ada yang pulang?” Kami menjawab: “Allah dan Rasul-Nya yang lebih tahu.”

Rasulullah SAW berkata lagi: “Demi Allah aku menyuruh kamu berkumpul di sini bukan

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia