Harian Metro

Serahkan tafsiran dajal kepada ulama

-

ingin menakutkan dan bukan memberi khabar gembira. Aku ingin menceritak­an kepada kamu bahawa

Tamim al-Dariy adalah seorang Nasrani, kemudian dia datang berjumpa aku dan masuk Islam. Dia ada bercerita kepadaku satu kisah mengenai dajal.

“Rasulullah SAW menekankan tongkatnya di atas mimbar sambil berkata: “Inilah negeri yang tidak dapat dimasukiny­a, iaitu Madinah. Saudara-saudara sekalian, sudahkah aku sampaikan cerita ini kepada kamu?”

Mereka menjawab: “Ya, sudah, ya Rasulullah.” Rasulullah SAW berkata lagi: “Sememangny­a hadis Tamim itu lebih meyakinkan saya lagi. Ceritanya itu bersesuaia­n dengan apa yang aku sampaikan kepada kamu sebelumnya, iaitu mengenai Makkah dan Madinah yang dikatakan tidak dapat dimasuki Dajjal.

Cuma dia ada mengatakan di lautan Syam atau di laut Yaman. Tidak, bahkan ia dari arah timur. Ia dari arah timur,” kata Rasulullah SAW sambil menunjuk ke arah timur”.. (hingga akhir hadis) (Hadis riwayat Muslim)

Manakala, tulisan di dahi dajal pula berdasarka­n sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Dan di antara dua matanya itu termaktub tulisan “kafir” (Hadis riwayat al-Bukhari)

Kemudian baginda SAW mengejanya: kaf fa ra yang dapat dibaca oleh setiap Muslim.” (Hadis Riwayat Muslim)

Dalam satu hadis riwayat Hudzaifah, Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Dapat dibaca oleh setiap orang Mukmin, baik ia tahu tulis baca mahupun tidak. “(Hadis riwayat Muslim)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia