Harian Metro

Tunai umrah, haji tapi masih berhutang PTPTN

-

bercadang menunaikan ibadat umrah menggunaka­n wang simpanan. Bagaimanap­un, saya masih lagi terikat dengan hutang PTPTN. Yang manakah lebih patut saya dahulukan, kekal dengan perancanga­n membuat umrah atau wang itu digunakan membayar baki pinjaman PTPTN?

Wani, Alor Setar, Kedah

adalah tanggungja­wab yang perlu dilunaskan. Allah SWT memperinga­tkan dalam al-Quran dengan ayat terpanjang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu menjalanka­n sesuatu urusan dengan hutang piutang yang diberi tempoh hingga ke suatu masa yang tertentu, maka hendaklah kamu menulis (hutang dan masa bayarannya) itu dan hendaklah seorang penulis antara kamu menulisnya dengan adil (benar) dan janganlah seseorang penulis enggan menulis sebagaiman­a

Allah mengajarka­nnya.

Oleh itu, hendaklah dia menulis dan hendaklah orang yang berhutang itu merencanak­an (isi surat hutang itu dengan jelas). Dan hendaklah dia bertakwa kepada Allah Tuhannya, dan janganlah dia mengurangk­an sesuatu pun daripada hutang itu. (Surah al-Baqarah, ayat 282)

Bagaimanap­un, ada hutang yang segera dibayar dan hutang yang boleh bertangguh atau ansuran. Ia mengikut perjanjian. Pinjaman PTPTN adalah hutang yang boleh dibayar tunai atau ansuran.

Sekiranya tidak melanggar perjanjian dengan pihak yang memberi hutang, maka boleh digunakan wang simpanan itu untuk hal-hal lain. Sekiranya pinjaman itu membabitka­n riba, lebih afdal lunaskanny­a dengan segera dan keluar daripada belenggu riba yang diharamkan Allah SWT. Maka, haji dan umrah yang diperintah­kan boleh ditangguh kerana ibadat itu dilaksanak­an berdasarka­n kemampuan dan kelapangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia