Harian Metro

‘PORT DICKSON DAH LAMA MAJU’

- Veena Babulal dan Tuty Haryanti Ahmad Rodzi cnews@nstp.com.my

“Kalau ada yang kata Port Dickson tak maju, maknanya mata mereka tak terang,” tegas Tan Sri Mohd Isa Samad.

Beliau yang juga satu-satunya calon tempatan, mempertaha­nkan Port Dickson sebagai kawasan yang memiliki pelbagai jenis pembanguna­n.

Calon Bebas bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson, itu berkata demikian sebagai menangkis dakwaan beberapa calon yang berkempen enggan menyebut Port Dickson tidak maju ketika ditadbir kerajaan terdahulu.

“Itu agenda calon lain yang sengaja mendakwa Port Dickson tidak maju dan sebagai calon, mereka cuba nak majukan.

“Infrastruk­tur di sini bagus, kita pun sudah ada lebuh raya. Mungkin mereka tak perasan semua tu dah ada. Cuma sekarang kita hanya mahu tingkatkan lagi,” katanya ketika ditemui pada majlis berkhatan di Kampung Pachitan di sini, semalam.

Mohd Isa berkata, apa yang kurang hanyalah jalan lebih mudah dari Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) ke sini, dengan melebarkan jalan dari Sepang ke Lukut.

“Dari Sepang ke Lukut kena buat laluan daripada dua menjadi empat lorong. Saya pernah minta masa jadi Menteri Besar (1982-2004) dulu.

“Kalau saya menang nanti, saya akan minta semua ini daripada kerajaan. Jika mereka tidak mahu buat, mereka akan dipersalah­kan kerana ini untuk rakyat,” katanya.

Ditanya sama ada calon Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim, adalah pesaing utamanya, beliau menganggap semua calon adalah pesaingnya.

“Saya anggap semua adalah pesaing tidak kira sesiapa pun, sebab semua masuk bertanding untuk menang,” katanya.

Bekas Ketua UMNO bahagian Teluk Kemang itu juga yakin akan menang PRK, berdasarka­n sambutan yang diterima setiap kali berkempen.

Isa Samad menempelak pihak dakwa tak maju

 ??  ?? ISA bersama isteri, Puan Sri Bibi Sharliza Mohd Khalid membantu memasak ikan keli bersama penduduk setempat di Kampung Pachitan, Port Dickson.
ISA bersama isteri, Puan Sri Bibi Sharliza Mohd Khalid membantu memasak ikan keli bersama penduduk setempat di Kampung Pachitan, Port Dickson.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia