Harian Metro

Tun M boleh pujuk pengundi

-

Kehadiran Tun Dr

Mahathir Mohamad bagi membantu kempen Ketua Umum Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim berupaya menarik orang ramai keluar mengundi.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, berkata kesudian Pengerusi PH itu turun berkempen di

Port Dickson menggambar­kan komitmen membantu Anwar untuk mengembali­kan Ketua Umum PKR itu dalam arena politik.

“Mengikut rekod, Tun M (Dr Mahathir) jarang turun membantu kempen Pilihan Raya Kecil (PRK), termasuk ketika beliau bersama Barisan Nasional (BN).

“Apabila Dr Mahathir membuat keputusan hadir ke Port Dickson, sudah tentu jentera PKR sangat berbesar hati dan mengalu-alukan kehadiran beliau.

“Dr Mahathir akan menyuntik semangat jentera dan pengundi terutama yang berada di luar untuk pulang mengundi,” katanya. Datuk Seri Anwar Ibrahim sedia memberi kerjasama kepada polis bagi membantu siasatan berhubung penyebaran berita palsu kononnya beliau terbabit dalam kes liwat di Singapura.

Calon Pakatan Harapan (PH) Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson itu berkata, tiada masalah baginya memberi keterangan kepada pihak berkuasa yang menjalanka­n siasatan mengenai kes berkenaan.

“Saya sedia memberi kerjasama kepada polis,” kata Ketua Umum PKR itu kepada pemberita ketika ditemui pada majlis makan tengah hari bersama Menteri Besar Negeri Sembilan di sini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Port Dickson, Deputi Superinten­dan Mohd Faisal Mohd Noor, dilaporkan berkata, pegawai penyiasat sepatutnya mengambil keterangan Anwar kelmarin.

Bagaimanap­un, sesi itu terpaksa ditangguhk­an kerana jadual kempennya yang terlalu padat.

 ??  ?? ANWAR
ANWAR
 ??  ?? SAIFUDDIN
SAIFUDDIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia