Harian Metro

JPS segerakan pasang pagar ‘KELUARGA KAMI RAPAT’

- Ruwaida Md Zain cnews@nstp.com.my

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) akan menyegerak­an pemasangan pagar menghala ke jambatan di atas struktur tebatan lombong di Taman Putra Perdana, Puchong bagi menghalang kehadiran orang awam.

Dalam kenyataan semalam, JPS berkata, pihaknya mengambil serius aspek keselamata­n di kolam itu memandangk­an ia kawasan larangan bagi orang ramai sama ada untuk melakukan aktiviti air atau riadah.

Menurutnya, pihaknya juga akan menambah papan tanda amaran di sekitar kawasan itu.

“Pemasangan pagar itu akan dilaksanak­an segera oleh JPS Selangor,” katanya.

Pihaknya mengesahka­n paras hujan lebat yang dicatatkan di Stesen Hujan Puchong Drop pada 1 Oktober ialah 117mm iaitu (sangat lebat) manakala hanya 6mm direkodkan pada 2 Oktober.

Dalam kejadian pada Rabu lalu, enam anggota Pasukan Penyelamat Dalam Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat lemas ketika cuba menyelamat­kan remaja lelaki, Mohammad Ilham Fahmy Mohammad Azzam, 17, yang terjatuh ke dalam lombong berkenaan.

Pemergian Allahyarha­m Adnan Othman, 33, yang bertugas di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam, turut dirasai keluarga rakan baiknya, Syazwan Md Radzi, 32, berikutan keakraban mereka.

Syazwan yang ditemui berkata, apabila mendapat tahu mengenai kejadian itu, dia menangis begitu juga isterinya yang sememangny­a akrab dengan isteri Adnan, Norshamiza Salleh, 32.

“Apabila dapat tahu berita itu, bukan saya saja yang menangis, isteri saya, Lisa turut menangis kerana keluarga kami sangat rapat. Saya rapat dengan Nan, isteri saya dengan isteri Nan juga rapat malah anak-anak kami juga berkawan sebab usia mereka hampir sebaya,” katanya.

Syazwan bertugas di Unit Bahan Berbahaya (HAZMAT) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam berkata, berbeza unit dan pasukan tidak menghalang mereka berkawan rapat umpama ‘cubit paha kiri, paha kanan terasa’.

“Saya dalam pasukan A, arwah pasukan B. Saya habis waktu kerja jam 8 pagi, arwah masuk 8 pagi hingga 8 malam. Memang kalau nampak saya, Nan terus jerit, ‘Wannnnnnnn­nn ..... ’. Dengar suara dia jerit kita tahu dia ceria.

“Orang tengok kami seperti gurau kasar tetapi itu cara kemesraan kami. Sertai bomba tahun sama, kenal dari zaman bujang, bertunang, berkahwin, isteri dan anak juga berkawan,” katanya.

Adnan antara enam anggota PPDA yang maut ketika operasi mencari remaja lemas di lombong di Taman Putra Perdana, Puchong Rabu lalu.

Syazwan berkata, pada malam kejadian dia menerima maklumat enam anggota PPDA Selangor lemas termasuk Cikgu Nan (panggilan dalam kalangan anggota junior) dan Muhammad Hifdzul Malik, 25.

“Terkejut saya dengan berita itu, sebelum saya menerima pelbagai mesej berkaitan tetapi saya cuba bertenang.

“Walaupun sudah tahu, saya tetap mahukan kepastian sebelum memberitah­u perkara sebenar kepada isteri Nan kerana dia sama seperti Nan, sahabat yang rapat dan kita percaya.

“Jadi, saya minta tolong Rodzi (rakan rapat Nan dari Pasukan C, Mohd Rodzi Ramli) sahkan. Kalau nampak Nan (salah seorang yang lemas), baru saya beritahu kepada isterinya. Kawan-kawan kemudian sahkan memang Cikgu Nan yang meninggal,” katanya.

Pemergian Allahyarha­m Adnan turut dirasai keluarga rakan baik

 ?? Syazwan Md Radzi ?? Orang tengok kami seperti gurau kasar tetapi itu cara kemesraan kami”
Syazwan Md Radzi Orang tengok kami seperti gurau kasar tetapi itu cara kemesraan kami”
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia