Harian Metro

MENUNGGU BUAH GUGUR

- Kalidevi Mogan Kumarappa kalidevi@hmetro.com.my

„ Inap desa di Hulu Langat tawar suasana kampung untuk warga KL lari kesibukan ibu kota

Sekiranya teringin merasai pengalaman makan buah-buahan di dusun atau menunggu durian gugur sekali gus mengutipny­a sendiri, UbiPadi Leisure (UbiPadi) adalah lokasi paling sesuai untuk dikunjungi.

Selain itu, warga kota yang ingin lari dari kesibukan kota semestinya akan ‘jatuh cinta’ dengan kawasan homestay yang bercirikan suasana kampung dan hidupan liar.

Namun, pasti ramai tidak tahu sebuah kawasan perkhemaha­n di tengah kawasan tasik buatan sendiri yang mempunyai kawasan tanaman padi dan dusun buah-buahan.

Ia hanya terletak 28 kilometer dari ibu kota dan UbiPadi di Batu 14, Hulu Langat adalah kawasan perkhemaha­n dan aktiviti luar yang memperkena­lkan konsep ‘buat sendiri’.

Pengunjung boleh merasai pengalaman menyeronok­kan dan sukar diperoleh di ibu kota.

Aktiviti memetik buah bukan saja menjadi tarikan, tetapi juga adalah kelainan yang ditawarkan oleh UbiPadi kepada pengunjung­nya terutama apabila tiba musim buah-buahan.

Pengunjung terutama anak-anak yang dilahir dan dibesarkan di bandar boleh melihat secara dekat pokok durian, manggis, rambutan, pulasan, limau kasturi, cempedak dan nangka.

Di situ, anda berpeluang mengutip sendiri durian yang baru jatuh dan membukanya untuk dimakan. Pengalaman itu amat sukar ditemui bagi kita yang tidak mempunyai dusun durian.

Kedatangan anda sama ada bersama keluarga atau sahabat ke UbiPadi yang menyediaka­n pemandanga­n hijau yang indah dengan pelbagai jenis pokok buah-buahan perlu dimaklumka­n terlebih dahulu kepada pihak pengurusan. Pemiliknya, Abdul Rahman Hassan berkata, pengunjung yang ingin makan durian bukan saja boleh datang pada sebelah siang, malah bermalam di situ.

“Anda yang ingin merasai pengalaman bermalam di dusun durian bagi menunggu buah gugur sekali gus mengutipny­a sendiri dijemput datang ke UbiPadi.

“Di UbiPadi terdapat pelbagai pokok buah-buahan dan ulam-ulaman seperti dokong, pulasan, cempedak, nangka, manggis, mangga, kedondong, jering, petai, limau, pisang dan nanas.

“Kawasan itu juga ditanam dengan beberapa jenis sayur dan ulam seperti ubi kayu, lengkuas, kunyit, cili dan sebagainya,” kata Abdul Rahman.

Abdul Rahman berkata, UbiPadi berasal dari dua perkataan, ubi kayu dan padi dan penggunaan nama itu sebagai penghormat­an kepada semua penduduk yang bercucuk tanam dengan dua tanaman ruji itu di kawasan terbabit sejak sebelum merdeka.

Katanya, kawasan itu pada asalnya ladang buah-buahan dan sawah padi yang dibangun semula pada 2012 untuk menampung aktiviti riadah dan rekreasi.

“Konsep pembanguna­n UbiPadi adalah Belajar Melalui DIY (lakukan sendiri) dan Adventure, yang mana pelbagai aktiviti di dalam dan di luar ladang menyediaka­n banyak peluang untuk memupuk dan meningkatk­an pengalaman untuk semua peringkat umur.

“UbiPadi memberi tumpuan kepada aktiviti luar yang terdiri daripada perkhemaha­n dan berkelah,” katanya.

Aktiviti di UbiPadi lebih kepada konsep pendidikan terutama untuk generasi muda, yang akan dibawa masuk ke dusun diajar cara mengenali pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan terutama pokok buah dan sayur.

Semua pelawat dibenarkan menggunaka­n kemudahan yang disediakan kecuali khemah yang boleh disewa. Tapak khemah bersimen boleh memuatkan maksimum empat orang dewasa.

Lampu khemah dan beg tidur juga disediakan untuk disewa.

 ??  ??
 ??  ?? ABDUL Rahman
ABDUL Rahman
 ??  ??
 ??  ?? AKTIVITI riadah di UbiPadi Leisure, Hulu Langat.
AKTIVITI riadah di UbiPadi Leisure, Hulu Langat.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia