Harian Metro

BUNUH IBU, JUAL ANAK

- Agensi

Satu pasangan dipercayai anggota geng pemerdagan­gan manusia ditahan polis di pinggir bandar Mexico City, Mexico kerana disyaki membunuh sekurang-kurangnya sepuluh wanita sebelum menjual bayi mangsa.

New York Post melaporkan, polis yang mengawasi pergerakan pasangan itu berjaya mengesan mereka keluar dari sebuah rumah dengan kereta sorong bayi dalam kejadian pada Khamis lalu.

Menurut polis, mereka menemui mayat manusia yang sudah dikerat di dalam kereta sorong terbabit ketika pasangan itu cuba membuangny­a di kawasan berhampira­n.

Lebih mengejutka­n apabila polis menemui lebih banyak anggota badan manusia di kawasan itu sebelum diambil untuk ujian forensik bagi mengenal pasti identiti mangsa.

Mereka dikatakan cuba melupuskan mayat dengan cara sama dan pihak berkuasa kini melakukan

>>Polis temui mayat manusia yang sudah dikerat di dalam kereta sorong „ Pasangan dikaitkan kematian

10 wanita di Mexico

pencarian di dua lagi rumah.

Pasangan terbabit membuat pengakuan membunuh sekurang-kurangnya 10 wanita selain menjual bayi berusia dua bulan kepada pasangan lain.

Bagaimanap­un, polis sudah mengambil semula bayi berkenaan sebelum pasangan itu ditahan.

Daily Mail melaporkan, pasangan itu menimbulka­n rasa curiga apabila didapati mengenali tiga wanita yang dilaporkan hilang sejak lima bulan lalu di Ecatepec, utara Mexico City.

Mexico berdepan terlalu banyak pembunuhan wanita sejak beberapa tahun kebelakang­an itu.

Walaupun masih kurang jelas mengenai tahap kegiatan penyeludup­an kanak-kanak di Mexico, namun rangkaian bagi hak asasi kanak-kanak menganggar­kan secara puratanya empat kanak-kanak dilaporkan hilang setiap hari.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia