Harian Metro

LAMARAN PELIK

- Agensi

„ Lelaki pura-pura mati nahas motosikal

untuk lamar kekasih berkahwin

Seorang lelaki memilih cara pelik untuk melamar kekasihnya apabila berpura-pura mati dalam kemalangan motosikal sebelum tiba-tiba ‘hidup semula’ dan melamar wanita yang menangis teresak-esak itu.

Daily Mail melaporkan, rakaman yang diambil pada 30 September lalu menunjukka­n Jeffrey Delrio terbaring di atas jalan di Cotabato Selatan, Filipina.

Polis trafik yang turut berpakat dengan lelaki itu memberitah­u teman wanitanya, Shiela Parayanon supaya bersedia menerima berita buruk.

Shiela yang panik terus berlari ke arah teman lelakinya sambil menangis dan menerusi rakaman itu, turut kedengaran suaranya meraung kerana tidak dapat menerima berita itu.

Polis cuba membantu sebelum lelaki itu tiba-tiba bangun melutut serta mengeluark­an kotak merah mengandung­i cincin pertunanga­n.

Terkejut dengan perbuatan itu, wanita terbabit terus memeluk polis wanita kerana lega apabila teman lelakinya sebenarnya masih hidup.

Orang ramai didengar bersorak, manakala Sheila menepuk manja tangan kekasihnya sebelum menerima lamaran berkenaan.

Rakan mereka, Mark Apura yang merakam lamaran itu menyifatka­nnya sebagai saat romantis.

“Ia memang berlainan. Orang menganggap ia pelik untuk membuat lamaran seperti itu. Jeffrey kelihatan seperti cedera parah, namun hidup semula apabila teman wanitanya datang. Saya gembira,” katanya.

Bagaimanap­un, tindakan lelaki itu turut menimbulka­n kurang senang apabila seorang wanita berkata : “Ia tindakan yang amat pelik. Jika saya menjadi wanita itu, saya tinggalkan­nya saja di situ.”

 ??  ?? SHEILA berlari sambil menangis ke arah ‘mayat’ Jeffrey. - Daily Mail
SHEILA berlari sambil menangis ke arah ‘mayat’ Jeffrey. - Daily Mail
 ??  ?? PEMBELI memeriksa ikan sebelum bidaan ikan terakhir di pasar ikan Tsukiji, Tokyo, Jepun, semalam, sebelum dipindahka­n ke lokasi baharu. - AFP
PEMBELI memeriksa ikan sebelum bidaan ikan terakhir di pasar ikan Tsukiji, Tokyo, Jepun, semalam, sebelum dipindahka­n ke lokasi baharu. - AFP
 ??  ?? PENARI dan pemuzik tradisiona­l mariachi membuat persembaha­n di Plaza Garibaldi, Mexico City, Mexico. - AFP
PENARI dan pemuzik tradisiona­l mariachi membuat persembaha­n di Plaza Garibaldi, Mexico City, Mexico. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia