Harian Metro

SEMENTARA SAJA...

- Saiful Affendy Sapran saifulaffe­ndy@nstp.com.my

„ Tonggak pertahanan skuad hoki kebangsaan sedia kembali

bila tiba masa sesuai

Pertahanan skuad hoki negara, Mohammad Izad Hakimi Jamaluddin menegaskan keputusann­ya untuk berehat daripada menyertai skuad kebangsaan hanyalah bersifat sementara.

Jelas Izad, dia sedia untuk kembali bersama Malaysian Tigers apabila tiba masa yang sesuai andai diperlukan oleh pengurusan skuad negara.

Izad mengambil keputusan untuk berehat seketika berikutan masalah peribadi selain ingin mencari semangat untuk beraksi semula selepas hampir 10 bulan tidak bersama skuad kebangsaan kerana mengalami kecederaan posterior cruciate ligament (PCL) di lutut kanan yang dialami ketika saingan Liga Hoki Malaysia (LHM), Januari lalu.

Bagaimanap­un dia kini bebas daripada sebarang kecederaan.

“Saya sudah menghantar surat kepada MHC (Konfederas­i Hoki Malaysia) untuk berehat seketika dengan tidak menyatakan tempoh berapa lama ingin berehat.

“Saya ambil keputusan ini kerana berasakan belum bersedia untuk kembali bersama skuad negara.

“Mungkin sebab sudah terlalu lama berehat berikutan kecederaan. Tak guna kalau saya menyertai skuad negara jika hati saya tidak ada dalam pasukan,” katanya.

Jelas Izad, dia tidak menyimpan hasrat untuk terus bersara kerana berasakan masih mampu memberi sumbangan kepada Malaysia.

“Kes saya bukan seperti pemain yang ingin terus bersara,” katanya.

Izad sering menjadi tonggak utama skuad negara sebelum ini dengan antara pencapaian terbaiknya adalah membantu skuad remaja negara meraih tempat keempat pada Piala Dunia Remaja 2013.

Pemain kelahiran Trolak, Perak itu juga per- nah beraksi di Piala Dunia 2014 di The Hague, Belanda bersama pasukan senior.

 ??  ?? MOHAMAD Izad (kiri) diasak pemain THT, Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abd Jalil (kanan) dalam perlawanan akhir Piala TNB 2017 di Stadium Hoki Tun Razak.
MOHAMAD Izad (kiri) diasak pemain THT, Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abd Jalil (kanan) dalam perlawanan akhir Piala TNB 2017 di Stadium Hoki Tun Razak.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia