Harian Metro

Kontinjen Sukan Para Asia dapat tajaan Al-Ikhsan

-

Kuala Lumpur: Kontinjen negara yang memulakan aksi Sukan Para Asia 2018 di Jakarta, Isnin ini mendapat suntikan semangat apabila syarikat peneraju barangan sukan terbesar di Malaysia, Al-Ikhsan Sports Bhd bersetuju menaja pakaian latihan atlet para.

Menurut Pengurus Besar Pemasaran Al-Ikhsan Sports, Mizal Ghazali, mereka kini sedang melihat potensi bagi membantu sukan lain terutamany­a di peringkat kebangsaan.

“Kami akan terus mencari peluang untuk bersama-sama mengkomers­ialkan sukan di negara ini dengan kerjasama Majlis Sukan Negara (MSN) dan persatuan sukan,” katanya dalam satu kenyataan.

Bagi Ketua Pegawai Eksekutif Al-Ikhsan Sports, Vach Pillutla, mereka menjangkak­an lebih banyak peluang untuk memperluas­kan pasaran.

Tahun ini Al-Ikhsan Sports memperluas­kan pengaruh mereka dalam kancah bola sepak tempatan apabila menaja pasukan yang beraksi dalam Liga Super - Kelantan, Selangor, Kedah, Perak dan Negeri Sembilan.

Mereka juga muncul antara penaja utama pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Perak 2018 di Ipoh, baru-baru ini.

Semua aktiviti penajaan itu membantu Al-Ikhsan Sports untuk menzahirka­n sokongan berterusan bagi pembanguna­n sukan di negara ini selain menggalakk­an aktiviti sihat dalam kalangan rakyat.

Ia juga menjadi sebagai tradisi iaitu selama 25 tahun mereka sentiasa menawarkan produk sukan terbaik dengan harga berpatutan.

 ??  ?? KETUA Pegawai Eksekutif Al-Ikhsan Sports, Vach Pillutla (kanan) menyerahka­n jersi latihan untuk Sukan Para Asia 2018 kepada Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
KETUA Pegawai Eksekutif Al-Ikhsan Sports, Vach Pillutla (kanan) menyerahka­n jersi latihan untuk Sukan Para Asia 2018 kepada Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia