Harian Metro

TAK PUAS DI PETAK 18

- Sukhairi Thani sukhairi@nstp.com.my

Hafizh Syahrin Abdullah akan bermula dari petak ke-18 bagi perlumbaan sulung Grand Prix Thailand di Litar Antarabang­sa Chang, Buriram, hari ini.

Pelumba tunggal negara dalam kelas MotoGP itu mencatat masa sepusingan 1 minit 31.389 saat pada sesi kelayakan semalam ketika Marc Marquez yang juga pendahulu keseluruha­n kelas perdana, menyambar petak pertama perlumbaan.

“Saya dapat memperbaik­i catatan masa yang dilakukan ketika ujian musim sejuk lalu, tapi ia masih belum mencukupi hari ini.

“Kami akan terus berusaha gigih dan kami berada di landasan yang positif, saya hanya perlu berusaha dari semasa ke semasa, apatah lagi ia bukan mudah dalam kelas ini.

“Jadi saya akan terus berusaha dan bekerja dengan lebih keras selain berharap kami dapat melakukan sesuatu pada perlumbaan esok (hari ini),” kata pelumba Monster Yamaha Tech3 itu.

Kali terakhir Hafizh meraih penamat dalam kelompok pungutan mata adalah di GP Republik Czech, Ogos lalu dengan meraih dua mata apabila melintasi garisan penamat di tempat ke-14.

Hafizh ketika ini berada di tangga ke-18 dengan 24 mata dalam senarai pelumba MotoGP selepas 14 pusingan perlumbaan bagi musim 2018.

Bagaimanap­un Hafizh yang juga dikenali sebagai ‘Pescao’ ketinggala­n tujuh mata dalam senarai muka baharu bagi kelas itu di belakang pendahulu Franco Morbidelli dari Itali.

Sementara itu, sesi kelayakan Moto3 tidak berlangsun­g seperti diinginkan Adam Norrodin di Grand Prix (GP) Thailand semalam, namun pelumba negara itu optimis untuk terus memberikan saingan pada perlumbaan sebenar hari ini.

Pelumba PETRONAS Sprinta Racing itu akan memulakan perlumbaan sulung di GP Thailand hari ini dari petak ke-21 selepas mencatat masa sepusingan, 1 minit 43.399 saat pada sesi kelayakan.

“Saya kecewa, ia sepatutnya satu perlumbaan yang lebih mudah untuk saya esok tetapi bermula dari belakang.

“Saya perlu usaha yang lebih dan tak akan mengalah. Apa yang penting, saya mempunyai keserasian dengan jentera dan bersedia untuk memberikan saingan esok,” kata Adam yang terbabas pada sesi Latihan Bebas 3, semalam.

„ Hafizh berusaha lebih keras perbaiki

masa seperti ujian musim sejuk lalu

 ??  ?? HAFIZH ketinggala­n tujuh mata di belakang pendahulu muka baharu Morbidelli.
HAFIZH ketinggala­n tujuh mata di belakang pendahulu muka baharu Morbidelli.
 ??  ?? ADAM terjatuh pada sesi kelayakan Moto3 di Sirkit Antarabang­sa Chang, Buriram, semalam.
ADAM terjatuh pada sesi kelayakan Moto3 di Sirkit Antarabang­sa Chang, Buriram, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia