Harian Metro

SAMBAR PETAK PERTAMA

- AFP

„ Juara dunia catat 1 minit 30.088 saat pada perlumbaan sulung Grand Prix Thailand

Pendahulu kelas MotoGP, Marc Marquez menyambar petak utama pada perlumbaan sulung Grand Prix Thailand, semalam di depan pelumba legenda dari Itali, Valentino Rossi.

Juara dunia itu mencatat 1 minit 30.088 saat, 0.011 saat di depan Rossi yang melakukan 1:30.099s manakala Andrea Dovizioso melengkapk­an kelompok tiga teratas.

Marquez ketika ini mendahului selesa 72 mata di depan Dovizioso sebelum perlumbaan hari ini dan dia dilihat semakin hampir untuk meraih gelaran dunia kelimanya.

Namun Jorge Lorenzo yang tiba dengan kecederaan kaki berdepan kemalangan apabila cedera pergelanga­n tangan ketika sesi latihan dan akan terlepas perlumbaan esok selepas menarik diri sebelum sesi kelayakan.

“Sekarang masa pemulihan,” kata pelumba berusia 31 tahun dari Sepanyol itu dan menurutnya lagi dia tidak pasti sama ada dapat beraksi di Jepun dalam perlumbaan selepas ini.

“Saya sangat risau kerana Jepun antara litar kegemaran saya.”

Juara dunia MotoGP tiga kali itu kini menduduki tempat keempat dengan 130 mata tetapi dengan penarikan dirinya di Thailand menyukarka­n lagi misinya mencabar kejuaraan. Perlumbaan MotoGP kali pertama dianjurkan di Thailand yang diadakan di pekan terpencil Buriram, beberapa jam perjalanan dari Bangkok dan mempunyai penduduk kira-kira 30,000 orang.

 ??  ?? MARQUEZ
MARQUEZ

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia