Harian Metro

Snedeker teruja beraksi bersama pemain veteran

-

California: Brandt Snedeker mencatat tujuh di bawah par 65 untuk mendahului tiga pukulan selepas berakhir pusingan kedua Terbuka Safeway di Napa, California.

Snedeker yang sekadar menjadi penonton di Jelajah Kejuaraan serta Piala Ryder minggu lalu, melakukan lapan birdie termasuk di dua lubang terakhir.

Dia begitu teruja dapat beraksi bersama pemain veteran berusia 59 tahun, Fred Couples yang turut melakukan par 65.

Snedeker mendahului lebih tiga pukulan mengatasi Phil Mickelson, Ryan Moore dan Michael Thompson.

“Saya rasa seronok setiap kali beraksi bersama Couples,” kata Snedeker.

“Apabila tiba giliran saya, sebaik mana pun saya beraksi, saya tidak dapat lari daripada terikat dengan Couples.

“Sungguh menakjubka­n apabila seorang yang sudah berusia 59 tahun dapat memberi saingan sengit. Kami sering memberi semangat antara satu sama lain dan melalui detik persaingan yang menyeronok­kan.”

Sementara itu, Mickelson pula melakukan par 69 di sebalik permulaan yang buruk.

Pemain berusia 48 tahun itu melakukan tiga bogey pada lapan lubang pertama tetapi menamatkan saingan dengan meyakinkan selepas melakukan lima birdie pada 10 lubang terakhir.

Moore pula berkata: “Saya berpuas hati dengan pencapaian setakat ini. Saya bergelut dengan pukulan putt sepanjang musim lalu dan bekerja keras untuk memperbaik­inya. - AFP Suzuka, Jepun: Juara dunia Lewis Hamilton menyambar petak utama Grand Prix Jepun manakala seteru utama dari Ferrari, Sebastian Vettel akan memulakan perlumbaan dari petak kesembilan selepas sesi kelayakan yang hambar, semalam.

Hamilton yang mendahului Vettel dengan kelebihan 50 mata ketika saingan musim ini berbaki lima perlumbaan, mengetuai barisan depan yang dikuasai Mercedes dan dijangka mengukuhka­n lagi penguasaan­nya pada hari perlumbaan di Suzuka,hari ini.

Keputusan diraih pemandu Britain itu secara tidak langsung petak utama ke-80 dalam kariernya.

“Saya tak percaya saya berjaya meraih petak utama ke-80,” kata Hamilton yang meraih lima kemenangan daripada enam perlumbaan terakhir.

“Tidak mungkin dalam sejuta tahun mampu memikirkan saya meraih 80 petak utama,” katanya.

Apabila berada di bawah tekanan dan membuat pilihan tepat, maka itulah sebabnya kami menjadi pasukan terbaik di dunia.”

Keputusan Ferrari memulakan kelompok 10 terbaik menggunaka­n tayar

berbanding jelas menjejaska­n perancanga­n mereka.

“Ini bukan posisi yang sepatutnya buat kami,” kata Vettel. “Saya fikir kami mempunyai kelajuan yang lebih berbanding kesembilan ini jadi saya tidak begitu bimbang.”

 ??  ?? SNEDEKER
SNEDEKER

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia