Harian Metro

TAKKAN NAK KALAH LAGI?

- AFP

„ Klopp anggap kekalahan di tangan Napoli tonik terbaik anak buah bangkit benam City

Liverpool

Pengurus Liverpool Juergen Klopp menganggap kekalahan kepada Napoli di saingan Liga Juara-Juara mampu memberi inspirasi kepada anak buahnya apabila berdepan pendahulu Liga Perdana Inggeris, Manchester City di Anfield, malam ini.

Liverpool ketika ini menduduki tangga kedua liga di belakang City menerusi perbezaan jaringan tetapi di sebalik semua itu, mereka gagal melakar kemenangan dalam tiga perlawanan, iaitu seri di saingan Piala Liga serta tewas di Liga Perdana Inggeris kepada Chelsea diikuti kekalahan 0-1 kepada Napoli.

Selepas menganalis­a pertemuan dengan kelab Itali itu, Klopp pada sidang media berkata: “Selepas perlawanan saya berasakan lawan berhak untuk menang.

“Napoli mempunyai banyak peluang sementara kami tidak mempunyai cubaan tepat.

“Pada 15 minit terakhir lawan mempunyai dua peluang terbaik dan menjaringk­an gol. Bagaimanap­un, penyokong tidak gembira dengan persembaha­n Napoli.” Beliau menambah: “Kami sudah merasai kekalahan dan kami tidak mahu merasainya sekali lagi. Jadi, kami akan berjuang untuk mendapatka­n keputusan lebih baik apabila bertemu City.”

Liverpool memenangi tiga pertemuan terakhir ketika bertemu City termasuk di saingan suku akhir Liga Juara-Juara musim lalu.

Bagaimanap­un, Klopp menolak cadangan beliau mempunyai senjata istimewa apabila bertemu skuad bimbingan Pep Guardiola.

“Anda perlu bersedia dengan segala-galanya termasuk bersedia menerima kesilapan. Kemudian pastinya usaha itu akan membuahkan hasil.

“Kami mengalahka­n City tiga kali musim lalu dan tidak sekali pun selepas perlawanan itu kami masuk ke bilik persalinan dan berasakan ‘kini kami tahu bagaimana untuk mengalahka­n mereka’,” kata pengurus Liverpool itu.

“Kami perlu fokus, beraksi tahap terbaik untuk menjauhkan mereka dari gol kami dan mencipta peluang di depan gol kami. Saya hormati mereka, sudah tentu.

Ia pasti satu kerja keras, tiada masalah dengannya, semua orang tahu.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia