Harian Metro

UJI MUKA BAHARU

- Firdaus Hashim firdaushas­him@nstp.com.my

„ Pemain SUKMA Perak berjaya pikat Kim Swee

Pengendali skuad bawah 23 (B-23) tahun negara, Datuk Ong Kim Swee bersedia memberi peluang dan menguji beberapa muka baharu yang berjaya memikat hatinya pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) di Ipoh, Perak bulan lalu.

Beliau yang kini dalam rangka persediaan menghadapi pusingan kelayakan Kejuaraan Konfederas­i Bolasepak Asia (AFC) yang turut menawarkan tiket ke Olimpik Tokyo 2020 Mac depan, bakal menjadikan saingan Piala Newspaper di Vietnam, Disember ini sebagai medan menguji keupayaan mereka sebelum memuktamad­kan skuad terakhir pada Mac depan.

Katanya, tonggak kepada kekuatan skuad Sukan Asia di Indonesia baru-baru ini tidak disenaraik­an seperti Safawi Rasid, Akhyar Rashid dan Nik Akif Syahiran Nik Mat pada kejohanan jemputan di Vietnam itu nanti.

“Sebelum kelayakan nanti, saya akan memanggil pemain hujung bulan depan dan akan menyertai Piala Newspaper di Vietnam pada pertengaha­n Disember.

“Jadi, itu perancanga­n pertama saya sebelum kelayakan AFC pada Mac. Pemain utama skuad B-23 tidak akan dipanggil menyertai kejohanan ini kerana sudah beraksi banyak perlawanan bersama pasukan masing-masing.

“Namun, apa yang menariknya, ketika di SUKMA tempoh hari ada beberapa pemain menunjukka­n aksi baik yang saya kira mampu mengisi slot-slot tertentu.

“Jadi, apa yang saya akan lakukan di Piala Neswpaper ini, saya menilai sebelum memanggil mereka semula pada Mac nanti bersama skuad sedia ada dan pemain dari pasukan B-19 kendalian Bojan Hodak,” katanya.

Kejayaan cemerlang skuad B-23 sepanjang tahun ini pastinya akan menjadi perhatian peminat apabila bersaing di kelayakan AFC pada tahun depan.

Bermula dengan kejutan mara hingga ke suku akhir kempen AFC di China Januari lalu, rentak cemerlang itu kemudian diteruskan pada temasya Sukan Asia menyaksika­n Malaysia melakar kejutan terbesar apabila menewaskan Korea Selatan 2-1 yang diketuai oleh bintang Tottenham Hotspur, Son Hyeung Min.

Biarpun berjaya muncul selaku juara Kumpulan E, hasrat skuad negara untuk mara ke peringkat lapan terbaik disekat oleh Jepun apabila Malaysia tewas tipis 0-1 di pusingan kedua temasya itu.

 ??  ?? SWEE Kim (kiri) ketika melatih pemain.
SWEE Kim (kiri) ketika melatih pemain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia