Harian Metro

Luka 11 tahun masih berbekas

- Oleh Rodly Fadly sukanteam@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Sebelas tahun sudah berlalu namun kesan kekalahan 0-3 Perak di tangan Kedah pada final Piala Malaysia 2007 masih berbekas di hati K Nanthakuma­r

Nantha salah seorang pemain beraksi untuk Perak pada malam itu, menyaksika­n Kedah membawa pulang trofi kejuaraan melalui jaringan Khyril Muhymeen Zambri dan Marlon Alex James.

Ia malam serba tidak menjadi untuk Perak yang turut menyaksika­n kaptennya, Ahmad Shahrul Azhar Sofian dibuang padang.

Itu juga merupakan penampilan

(gambar).

terakhir Perak di pentas final. Malam ini, The Bos Gaurus akan membuat perhitunga­n dengan Sabah di Stadium Perak pada separuh akhir pertama Piala Malaysia dan Nantha menaruh harapan tinggi terhadap anak buah Mehmet Durakovic untuk menebus kegagalan skuad 2007.

“Saya bukan sahaja mahu Perak layak ke final malah menjuarai Piala Malaysia tahun ini bagi menebus apa yang kami gagal lakukan pada 2007. Saya yakin skuad kali ini mampu lakukan.

“Bukan bermaksud memandang rendah kemampuan Sabah namun pada penilaian saya Perak mempunyai skuad lebih mantap berbanding lawannya. Ini peluang terbaik untuk mereka mara ke final.

“Begitu pun perlawanan malam esok (malam ini) sangat penting yang mana Perak perlu menggunaka­n kelebihan bermain di gelanggang sendiri untuk mencari bekalan yang selesa.

“Berdasarka­n pengalaman saya bersama MIFA, Sabah memang liat untuk dikalahkan bila bermain di Stadium Likas,” kata Nantha yang kini menjadi penolong jurulatih MIFA.

Bekas pemain yang turut pernah menyarung jersi Selangor, Kelantan dan Negeri Sembilan itu yakin jika Perak mampu melepasi halangan separuh akhir, mereka akan tampil sebagai juara, tidak kira siapa lawan mereka di final kelak.

“Banyak pasukan gerun dengan reputasi JDT (Johor Darul Ta’zim) tapi hakikatnya, musim ini mereka tidak sehebat mana apabila pernah dikalahkan pasukan kerdil seperti MIFA dan Kelantan.“

Jadi, jika Perak bertemu JDT di final, saya tidak nampak sebab mengapa mereka tidak mampu untuk mengalahka­n pasukan itu dan muncul juara. Begitu juga jika mereka menentang Terengganu,” kata Nantha dengan nada yakin.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia