Harian Metro

TUNTUT AKSI BERTENAGA

- Azizan Hashim sukanteam@nstp.com.my

„ Durakovic mahu pemain perkasa aksi malam ini

Tiada lain yang diminta oleh pengendali Perak, Mehmet Durakovic daripada anak buahnya melainkan mereka memperagak­an aksi terbaik ketika turun melayan Sabah pada aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia, malam ini.

“Aksi terbaik serta tumpuan sepenuhnya dalam 90-93 minit perlawanan,’ kata Durakovic menjelang perlawanan di Stadium Perak.

“Pemain sudah bermain baik sepanjang musim dan saya berharap mereka mampu meneruskan­nya.

“Memang perlawanan ini dinanti-nantikan oleh pemain kerana sudah lama mereka tidak beraksi di peringkat ini.”

Jurulatih berasal dari Australia itu berkata, Perak sudah lama tidak bermain di perlawanan akhir dan berharap mereka berjaya selepas menanti selama 11 tahun.

Lebih penting Durakovic mengharapk­an sokongan padu penyokong untuk menyemarak semangat pasukan The Bos Gaurus pada pertemuan penting itu.

“Pemain harapkan sokongan penonton. Jadi datanglah dan sokong pasukan.

“Saya yakin seluruh rakyat Perak teruja dengan kejayaan pasukan setakat ini,” katanya.

Namun, beliau sedar perlawanan itu pasti tidak mudah kerana Sabah bukan calang-calang pasukan.

“Sabah pasukan kuat dan mereka pernah bertemu pasukan Liga Super serta berjaya mencatat keputusan baik.

“Jadi pemain Perak tidak boleh bersikap terlalu yakin dan pandang mudah Sabah walaupun lawan pasukan Liga Perdana,” ujarnya.

Bagi menghadapi perlawanan malam ini, Durakovic lega kerana dapat menurunkan barisan sama seperti ketika menentang PKNS FC di suku akhir.

“Kecuali kecederaan Nasir Basharuddi­n, pemain lain yang mengalami kecederaan selepas perlawanan dengan PKNS FC sudah pulih,” katanya.

 ??  ?? PEMAIN Perak, Gilmar Da Silva (kiri) diasak pemain PKNS FC, K Gurusamy pada perlawanan minggu lalu.
PEMAIN Perak, Gilmar Da Silva (kiri) diasak pemain PKNS FC, K Gurusamy pada perlawanan minggu lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia