Harian Metro

Sabah perlu gandakan usaha atasi Perak

- Ryan Stanley sukanteam@nstp.com.my

Kota Kinabalu: Sabah perlu menggandak­an usaha jika mahu mengatasi Perak dalam aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia 2018 di Stadium Perak di Ipoh, malam ini.

Pengendali­nya, Jelius Ating mengakui pertemuan dengan skuad The Bos Gaurus adalah antara aksi paling sukar bakal dihadapi Sabah musim ini namun beliau tetap barisan pemainnya mampu mengejutka­n skuad tuan rumah.

“Perak sebuah pasukan kuat, mereka naib juara Liga Super. Oleh itu menggandak­an usaha adalah jalan terbaik untuk kita mengatasi mereka.

“Kami pernah mengejutka­n beberapa pasukan Liga Super sebelum ini dan tidak mustahil melakukann­ya sekali lagi, kami akan cuba sedaya upaya memberi saingan kerana saya percaya dalam bola sepak apa pun boleh berlaku,” katanya.

Jelius berkata, persiapan pasukannya berjalan lancar dengan semua pemain bebas kecederaan serta bersedia untuk beraksi.

“Kita hanya tidak dapat menggunaka­n Randy Baruh yang masih menjalani penggantun­gan perlawanan akibat kad merah pada aksi suku akhir pertama bertemu Kelantan tempoh hari.

“Keadaan pasukan kini begitu baik, mereka sangat bersemanga­t untuk mengharung­i aksi penting ini,” katanya.

Pada aksi malam ini, Jelius akan mengekalka­n kesebelasa­n utama ketika menewaskan Kelantan pada suku akhir kedua di Stadium Likas, Ahad lalu.

Jurulatih berusia 47 tahun itu dijangka mengekalka­n Rozaimie Rohim selaku benteng terakhir, dibantu empat pertahanan iaitu ketua pasukan, Rawilson Batuil, Francis Kasonde, Alto Linus dan Dendy Lowa yang menggantik­an tempat Randy.

Sabri Sahar dijangka sekali lagi menjadi ‘arkitek’ di bahagian tengah, dibantu Mohd Azzizan Nordin, Maxsius Musa dan Hamran Peter manakala dua penyerang import Rodoljub Paunovic serta Hector Omar Ramos kekal sebagai pemburu jaringan. itu.

“Sabah pasukan yang bagus serta memiliki pemain tempatan dan import berkualiti.

“Kami tidak boleh anggap mudah perlawanan ini dan perlu bermain seperti ketika bertemu PKNS di suku akhir malah jika boleh lebih baik dari itu,” katanya.

 ?? Shahrul Mohd Saad ?? SABRI (dua dari kanan) menjadi ‘arkitek’ di bahagian tengah. Tidak payah diingatkan kerana kami mahu menang kali ini bagi menamatkan kemarau 11 tahun”
Shahrul Mohd Saad SABRI (dua dari kanan) menjadi ‘arkitek’ di bahagian tengah. Tidak payah diingatkan kerana kami mahu menang kali ini bagi menamatkan kemarau 11 tahun”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia