Harian Metro

PENYAMPAIA­N TAK BAGUS

- Oleh Norasikin Daineh norasikin_daineh@nstp.com.my

Kurang koordinasi dan penyelidik­an jejas projek pembanguna­n di Sabah, kata Shafie

menuju ke sekolah itu hanya jalan tanah merah dan jambatan kecil yang sudah tentu tidak dapat menampung lalu lintas,” katanya ketika berucap pada majlis Istiadat Pengurniaa­n Darjah-Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Negeri Sabah sempena Hari Jadi Rasmi ke-65 Tuan Yang Terutama (TYT) Yang diPertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin di Istana Negeri semalam.

Mohd Shafie berkata, perkara itu tidak sepatutnya berlaku dan beliau mengingatk­an penjawat awam supaya tidak hanya mendengar tanpa mengkaji dan memberi input atau pendapat kerana ia boleh membantutk­an projek pembanguna­n.

“Suka saya tekankan bahawa kerajaan boleh merancang projek untuk rakyat tetapi pada akhirnya ia tidak bermanfaat jika sekolah tidak boleh digunakan oleh anak-anak dan hospital hanya sebuah bangunan yang tersergam indah tanpa ada pakar dan kemudahan perubatan yang diperlukan di dalamnya,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata, jabatan dan agensi kerajaan perlu terus menunjukka­n kecemerlan­gan dan prestasi yang terbaik bagi meningkatk­an kualiti dan kecekapan untuk memacu kemajuan kerajaan negeri ke tahap yang lebih baik.

“Kita memerlukan satu pasukan penjawat awam yang memiliki nilai integriti, akauntabil­iti, komitmen dan dedikasi kerja yang tinggi. Saya yakin, pelbagai pencapaian dan kejayaan dapat dicapai sekali gus memberi kepercayaa­n kepada rakyat untuk terus meyakini kesungguha­n dan keikhlasan kerajaan dalam memberikan perkhidmat­an yang terbaik dan pembelaan yang sewajarnya demi kesejahter­aan rakyat di seluruh negeri.

“Koordinasi antara agensi perlu dipertingk­atkan bagi memastikan projek bagi manfaat rakyat dilaksanak­an dengan baik. Begitu juga dengan Majlis Tindakan Negeri yang mesti proaktif supaya projek ini berjalan dengan lancar mengikut tempoh dan spesifikas­i yang ditetapkan supaya rakyat tidak hampa,” katanya.

Terdahulu, Mohd Shafie merakamkan ucapan tahniah kepada penerima darjah kebesaran sempena hari lahir Tun Juhar Mahiruddin.

 ??  ?? MOHD Shafie (dua kiri) mengiringi Juhar (tengah) yang tiba untuk upacara Istiadat Perbarisan Hari Jadi Rasmi di Padang Merdeka, Kota Kinabalu, semalam.
MOHD Shafie (dua kiri) mengiringi Juhar (tengah) yang tiba untuk upacara Istiadat Perbarisan Hari Jadi Rasmi di Padang Merdeka, Kota Kinabalu, semalam.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia