Harian Metro

YAKINDISIP­LIN KUNCI KEJAYAAN

- Harun Yahya cnews@nstp.com.my

Memasang impian membuka butik fesyen Muslimah sendiri mendorong Ikon Metro minggu ini, Siti Zulaiha Bahiri berusaha gigih bagi memastikan perancanga­nnya itu menjadi kenyataan.

Siti Zulaiha, 27, berkata dia bercita-cita memiliki butik sendiri sejak di bangku sekolah lagi, namun gadis ini mengakui perjalanan­nya untuk merealisas­ikan impian itu masih jauh.

Berikutan itu, Siti

Zulaiha belajar mengenai selok-belok perniagaan daripada kakaknya yang mengusahak­an produk kecantikan.

“Selain itu minat yang mendalam terhadap dunia fesyen meniup semangat serta mendorong saya untuk memastikan impian itu menjadi kenyataan satu hari nanti.

“Saya tak belajar tinggi, maka sukar untuk memohon pekerjaan menawarkan gaji lumayan. Berniaga adalah pilihan tepat kalau mahu ubah dan majukan ekonomi diri.

Pada masa yang sama dapat bantu keluarga.

“Kesungguha­n untuk memajukan diri adalah kekuatan ada dalam diri yang boleh membantu saya untuk berjaya,” katanya.

Siti Zulaiha berkata, sebelum ini dia bekerja di sebuah kilang pemasangan kenderaan berjenama Jepun selama tujuh tahun.

Meskipun bekerja di kilang, dia memperoleh banyak pengalaman terutama dalam mendidikny­a menjadi insan lebih berdisipli­n dan mengutamak­an tanggungja­wab dalam melaksanak­an tugas.

Katanya, sikap menjaga disiplin akan terus diamalkan dan dijadikan teras dalam perjalanan­nya untuk bergelar pemilik butik Muslimah.

“Saya baru menetap di Sibu selepas berhenti kerja di kilang itu dan sekarang meninjau pasaran serta golongan sasar yang sesuai sebelum memulakan perniagaan.

“Kalau tak ada sebarang aral melintang, saya akan buka butik tidak lama lagi. Produk menjadi taruhan saya adalah baju kurung, jubah dan tudung yang dilihat mempunyai potensi besar untuk dipopulark­an di Sibu,” katanya.

Menurutnya, pakaian dan aksesori seperti tudung juga akan ditawarkan pada harga yang berpatutan kerana menjadi niatnya untuk melihat golongan sederhana bergaya dengan fesyen diperkenal­kan nanti.

Dia menegaskan, belia perlu bijak mencari peluang yang dapat mengubah corak hidup mereka dan pada masa yang sama berkongsi rezeki dengan orang ramai di sekeliling dengan menjana ekonomi setempat.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia