Harian Metro

Senyuman aset berharga di pejabat dan pentas

-

membabitka­n PDRM.

“Berikutan itu saya menyimpan cita-cita untuk menjadi anggota polis, malah ketika di sekolah saya aktif dalam pasukan beruniform.

“Bila berasakan sudah tiba masanya dan ada peluang, saya memohon untuk menganggot­ai PDRM. Tidak sangka permohonan saya diterima dan diarahkan menjalani latihan asas di PULAPOL selama enam bulan,” katanya.

Berkongsi cabaran sebagai anggota polis muda, Mohd Nor Eddry berkata, kerana tugas dia terpaksa berjauhan daripada keluarga.

Katanya, selain itu dia juga perlu bersabar dan bijak menangani pelbagai kerenah orang awam yang datang membuat laporan.

Meskipun personalit­inya menunjukka­n dia bersikap tegas, Mohd Nor Eddry memiliki senyuman yang menawan ketika beraksi di pentas sebagai peragawan.

Menurutnya, seawal usia 19 tahun dia aktif dalam bidang peragaan dan meneruskan minatnya itu meskipun kini berkhidmat bersama PDRM.

Dia berkata, pada mulanya dia hanya menemani rakan menghadiri sesi uji bakat di sebuah agensi model di Melaka.

Namun, dia ditawarkan untuk menjadi model oleh pihak pengurusan agensi berkenaan berikutan memiliki pakej seperti yang dimahukan.

“Sama seperti polis, percubaan tidak dirancang itu menampakka­n kejayaan dan saya diterima sebagai model bawah naungan agensi terbabit.

“Bergelar peragawan atau model bukan semudah disangka. Saya sendiri melakukan rutin penjagaan diri untuk memiliki susuk tubuh maskulin.

“Saya kena jaga pemakanan dan kerap melakukan aktiviti kecergasan. Kena ambil diet pemakanan seimbang seperti banyak makan telur, isi ayam dan buahbuahan,” katanya.

Anggota PDRM itu berkata, dia kerap ke gimnasium dan menyertai aktiviti zumba untuk mengeluark­an peluh.

Dalam diam Mohd Nor Eddry memasang hasrat melanjutka­n pendidikan ke peringkat tinggi dan membabitka­n diri dalam bidang perniagaan satu hari nanti.

“Tugas sebagai anggota polis memang mencabar, maka saya harus pandai susun jadual dan bahagikan masa kerana mahu terus aktif sebagai model.

“Selain bersenam, jika tidak bertugas saya akan menghadiri sesi fotografi untuk iklan, majalah atau mengambil bahagian dalam pertunjuka­n fesyen,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia