Harian Metro

BENCI BANGUNAN TERBIAR

- Mohd Nazllie Zainul cnews@nstp.com.my

Lokasi bangunan terbiar ini di tengahteng­ah bandar dan bersebelah­an pusat beli-belah, mencacatka­n pemandanga­n bandar

Kota Kinabalu yang sememangny­a menjadi tumpuan dalam kalangan pelancong asing.

Tidak setakat mencacatka­n imej pelanconga­n Sabah, bahkan kewujudan bangunan yang binaannya terbengkal­ai ini menimbulka­n rasa kurang senang dalam kalangan penduduk setempat yang risaukan keselamata­n mereka.

Apa tidaknya, bukan saja bangunan ini terabai malah persekitar­annya sunyi dan ditumbuhi semak-samun, sekali gus menngundan­g gejala tidak sihat dan aktiviti jenayah.

Ketika melakukan tinjauan, wartawan menemui peralatan memasak seperti kuali dan cerek di kawasan itu, selain baju serta seluar digantung di dalam pondok pengawal.

Penghuni kota, Blasius Jeffry, 41, berkata, dia kerap melintasi bangunan itu terutama ketika dalam perjalanan menjemput anaknya di sebuah sekolah menengah yang berhampira­n.

“Orang ramai juga perlu berhati-hati jika melalui kawasan ini pada lewatmalam,kerana risau menjadi mangsa penjenayah atau ditimpa kecelakaan lain yang tak boleh dijangka.

“Memang orang ramaitakna­mpakapa yang berlaku di dalam bangunan ini kerana dipagari zink.

“Jadi, memang risau kerana kawasan ini mungkin disalahgun­akan pihak tertentu atau menjadi tempat aktiviti tidak sihat seperti penagihan dadah dan maksiat,” katanya.

Blasius berkata, bangunan terbiar itu juga berisiko menjadi pusat penyebaran penyakit bawaan serangga berikutan longgokan sisa bahan binaan ditinggalk­an menyebabka­n air bertakung, sekali gus mengundang nyamuk Aedes bertelur.

Peniaga kedai runcit bersebelah­an pusat beli-belah berhampira­n, Rosnaineh Jaimul, 36, juga tertanya-tanya status bangunan berkenaan.

Katanya, struktur utama bangunan itu sudah siap tetapi ia ditinggalk­an begitu saja tanpa sebarang pengawasan.

“Jika disiapkan, bangunan ini boleh menjadi satu lagi daya tarikan pelancong ke Kota Kinabalu. Tidak saja dibangunka­n sebagai pusat beli-belah, bangunan ini juga boleh dimajukan sebagai hotel lima bintang.

“Secara tak langsung iadapatmen­jana ekonomi negeri dan membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan, khusus golongan belia,” katanya.

 ??  ?? KESAN pembinaan terbengkal­ai boleh bawa
ancaman penyakit.
KESAN pembinaan terbengkal­ai boleh bawa ancaman penyakit.
 ??  ?? BANGUNAN tak siap dan
terbiar mencacatka­n pemandanga­n bandar Kota Kinabalu yang selalu
dikunjungi pelancong.
BANGUNAN tak siap dan terbiar mencacatka­n pemandanga­n bandar Kota Kinabalu yang selalu dikunjungi pelancong.
 ?? FOTO: ?? PROJEK terbengkal­ai memakan kos tinggi untuk dibina semula hingga siap sepenuhnya.
FOTO: PROJEK terbengkal­ai memakan kos tinggi untuk dibina semula hingga siap sepenuhnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia