Harian Metro

Pemaju berdepan kekangan kewangan siapkan projek

-

Kota Kinabalu: Pemaju bangunan terbiar terletak bersebelah­an pusat belibelah Star City, di sini, diminta segera mencari rakan kongsi baharu dan menyiapkan segera projek berkenaan.

Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Chan Foong

Hin, berkata, sebelum ini pemaju iaitu Sabah Urban Developmen­t Corporatio­n (SUDC) bekerjasam­a dengan sebuah syarikat lain untuk membangunk­an projek berkenaan.

Beliau berkata, projek itu terbengkal­ai berikutan rakan kongsi SUDC berdepan masalah kewangan.

Chan berkata, SUDC harus menyelesai­kan masalah berkaitan rakan kongsi terlebih dulu kerana projek itu membabitka­n kos tinggi.

“Saya berharap mereka mempercepa­tkan proses ini agar langkah seterusnya dapat diambil hinggalah projek siap.

“Selain itu, saya sudah bawa masalah ini ke pengetahua­n Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri, Jimmy Wong. Harapansay­aiadapat membantu dalam memudahkan mesyuarat antara kerajaan negeri, SUDC dan pembeli.

“Perbincang­an bakal dilaksanak­an secepat mungkin agar masalah ini dapat diselesaik­an segera,” katanya.

Mengulas lanjut perkara itu, Chan bersetuju, sekiranya dibiarkan terus terabai, bangunan itu boleh menjadi pusat aktiviti tidak sihat seperti sarang penagihan dadah dan maksiat.

Menurut beliau, bangunan itu boleh menjadi destinasi tumpuan pelancong baharu di Kota

Kinabalu seandainya disiapkan sepenuhnya pembinaann­ya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia